hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman saya anak 1st bersalin di swasta. Masa tu pilih swasta sebab nak doctor n bidan perempuan. Tak nak terima rawatan dari lelaki. Kalau tengok pada kos memang mampu milik. Bersalin normal RM3000. In shaa Allah lebih dari mampu. Tapi takdir Allah tertulis lain. Bukaan stuck dekat 7cm selepas 12 jam contraction. Terpaksa emergency ceaser. Ya doctor bagi pilihan nak proceed atau nak ke hospital kerajaan. Seksa nak tahan sakit tu, percayalah kita tak akan pilih hospital kerajaan sebab akan ambil masa lagi diorang nak hantar. Saya menangis minta maaf dengan suami sebab saya tahu kos Ceaser sgt mahal. Total semua termasuk jaundice anak 3 hari 2 malam dan saya terpaksa bermalam lebih sehari sebab Ceaser, RM12,000++. Kalau sis rasa sis dah bersedia untuk sebarang kemungkinan, proceed lah niat nak bersalin kat swasta tu.

Baca lagi