hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi sis better you spend money on confinement lady instead of bersalin swasta if you ada kekangan duit. skrg bersalin kerajaan pun okay je bila i baca experience mommy2 yg lain. don’t worry as long as you bersalin selamat and baby okay should be okay.

ok ape hospital krajaan, klu nak kan privacy ambik 1st class je . x juga mhl mcm swasta... insyaAllah layanan Dari staff hospital baik2 je.. berdoa selalu supaya di temukan dengan nurse Dan doktor yang baik sepanjang berada di wad Dan fikir positif....

bg sy la kan kalo betol² mampu xpe, kalo duit pon masih berkira² better bersalin kat hospital kerajaan je.. mcm sy OKU, sy lebih pilih hospital kerajaan sbb free.. duit yg ade bole guna utk lepas bersalin, lepas bersalin lg byk nak pakai duit..

bagi sy dari sis beranak swasta baik, duit yg ada tu upah cl lagi la tenang nk berpantang.. kalau swasta in case kena emergency czer mahal tu sis.. tak padan , hospital kerajaan pon okay detail dan teliti jugak cuma takleh nk meneman slalu la

try semi government. saya beranak kt ppum. nice jugak situ. tp sbenarnye better ikut kemampuan sbb lepas beranak nt byk lg nk pkai duit. bg saya, saya suka beli brg yg cantik2 utk baby dan berkualiti instead of habiskan duit kt bil hospital.

sis..masa kita pregnant ni laa doa banyak² moga mudah segala urusan minta nurse² yg baik,doctor yg ok.inshaAllah dpt nnt sis,sy dlu pun mcm tu,Alhamdulillah gov pun ok sangat sbnr nya.sy pregnant no 2 ni pun,hari² minta doa yg sama😊

lebih baik sis berlapang dada.. anak first kebanyakannye kuar lambat.. tunda janji tu utk anak 2nd? anak first ni biarlah rasa dlu gov.. ok je.. murah dan selamat.. jimat dan x peningkan kepala suami.. tp kalo tiba2 mampu tu silakanla..

pengalaman ni sy dah lalui.. mula kata boleh, last2 bersalin kat kerajaan... dah lah kerajaan, eahh bil bayar sendiri semua keperluan pun sediakan sendiri..... huhu... tp alhamdulillah anak pun dah 2 tahun, moga sihat selalu tu jea...

ikut kemampuan, kita hanya mampu merancang nakkan yang terbaik. saya pun mula mula plan nak bersalin swasta, tapi allah tak izinkan, redha and pilih kerajaan. banyak kan berdoa yang terbaik. yang penting mommy and baby selamat.

bersyukur dengan apa yang ada. kena hidup ikut kemampuan suami. beranak di hospital mana2 takpe sis yang penting anak selamat dan sihat. perbelanjaan selepas bersalin lg penting. panjang lagi perjalanan sampai anak membesar.