hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Satu ja fikir . . Yg penting anak kluar dgn keadaan selamat . . Sama jaa hos mana pon . . Tapi lebih selesa hos swsta la kan . . Krjaan pon ok insyaAllah . . Tapi fikir laa budget selepas ad anak itu la keperluan yg pnting

back to basic, ukur baju di badan sendiri, kalau suami mampu kpj then pegi kpj, kalau mampu andorra peji andorra, kalau mampu kerajaan then kerajaan. kalau taknak terima kemampuan suami, puan bayar sendiri guna duit puan..

Awakkkkk! Janganlah bebankan suami kalau dh suami tak mampu, bersalin tu x lama pun. Skejap je awakkk, sye bersalin gov ok jee wakk .. Kalau duit tu ckup2 makan better simpan je tak payah nk buang duit dkt private hosp.

ikut kemampuan suami la sis.. klu modal tak ckup utk kos bersalin swasta seeloknya lebihkan perhatian kos slps bersalin terutama penjagaan pantang n baby tu lg utama.. apa pn tepuk dada tanya selera tgk poket🫡

Kalo dah tahu tak mampu swasta better takyah teruskan.. Bukan nak mendoakan ke apa, tapi kalo ada apa2 komplikasi kat baby ke apa nanti, tambah kos lagi.. hosp gov bagus je.. better guna duit utk selepas bersalin

ikut kemampuan laa sis . mana mana pun sama . sakit besalin sakit kena seluk sakit push sakit nye tetap sama . kesian kt suami tu. jgn bg dia tekanan soal cari duit . lps besalin lg byk nk pakai duit .

Ikut kemampuan. Kalau suami mampu govt hosp, pergi govt hosp. Ok je govt hosp pun. Lagi2 anak pertama. Taktau apa nak expect. Masa mengandung ni banyak kan berjalan kaki. Preparation for labour nnti.

klau blh semua org nk brsalin hspital swasta,tp tgk pd kemampuan suami,ada stengah org walaupun mmpu,dia nk brsalin dkt hsptl gov juga,terpulang pd masing² la,yg peting ibu n bby selamat,

entalh sis. saya pulak takda rasa nak g hospital swasta sbb aku tahu pbayaran mahal disitu. buat apa kluar duit bayar situ, dah bsalin semua mesti kena duit byk pulak utk baby mbesar kan?

Sis dah bersalin kpj dam.total semua bersalin normal 15k++. Sis ikut kemampuan ya, banyak lagi nak pakai duit lepas bersalin. In shaa allah gov pn okey, semoga sis selamat bersalin.😊