stay at home mom

saya sahm , anak 1 umur 6bulan++ . dah kawin baru nak masuk 2 tahun . maaf lah ya , saya nak meluah sikit . selama nak dekat 2tahun kawin ni , boleh kira pakai jari berapa kali sangat suami saya bagi nafkah dekat saya , rm100 . dia gaji tak besar jadi saya okay je rm100 tu . tapi rm100 tulah duit nafkah saya , rm100 tu jugaklah duit buat beli barang anak . duit bagi dekat mak dia jarang tinggal . tak bagi banyak macam saya tapi selalu bagi . saya pun tak mintak pun bagi banyak tapi ni kadang tak bagi langsung . orang nampak suami kita ni baik sangat . bila mil tanya , sil tanya , si dia ada simpanan tak , ada jawab saya . duit anak ada simpan tabung tak , ada . dia ada kasi duit tak , ada kata saya . brg anak ada lagi tak , ada ada ada . duit str ada bahagi dua sorang sikit tak , ada . semua ada je yang keluar dari mulut saya . tu belum masuk lagi kes suami punya liat nak bagi saya duit , tapi sanggup bayar pp murahan ajak vc rm50 pulak tu ye . alasan sebab saya tertidur penat jaga anak . belum masuk lagi kes dia curang dengan saya . belum lagi cerita pasal pandai borak nak buat anak ramai tapi semua a-z aku sorang yang buat dari dalam pantang lagi . pantang pun seruoa tak pantang . semua aib dia sekecik kecik zarah pun semua aku simpan helok dalam poket . anak pulak fully bf , minggu ni aku baru start kerja part time admin adalah dalam 5-6jam sehari . anak duk dekat mak saya dan kebetulan pulak semalam anak selsema , dan badan mula panas sikit . harini dah hari ke 7 lah keje kiranya . mil chat . katanya kesian anak demam sebab kena tinggal kerja katanya . anak kecik lagi yada yada . saya pun ada baca chat suami dgn sil . suami bagitahu saya kerja bla bla bla . sil pun jawab katanya , sian kat aku la nak guna duit jugak gaknya . dia suh suami keje lebih sikit . okay la aku takda masalah yang tu . yang masalah nya tak perlu pun keje lebih. cukup kau beli barang anak siap siap . kau bagi aku 10ringgit sebulan pun okay la asalkan kita ni ada jugak saving . takde la mengharap duit dia sangat . bila kita ni kerja tahu pulak suruh benti benti benti . bulan ni gaji suami 5ratus lebih , nak dekat 600 . tapi tak tahu berapa total betulnya sebab duit dia memang semua dia pegang . takde maknanya nak bagi kita ni pegang duit dia 😂 tapi belum hujung bulan dah habis dah . rumah duk umah mak saya , kete pun kete 2nd pinjam duit ayah saya dulu beli . belum start bayar balik lagi . makan minum semua 100% guna rumah mak saya punya . komitmen dia cuma saya dgn anak . wifi rumah baru start bayar bulan ni . lagi satu aircond dlm bilik sebab rumah jenis bahang dan anak pulak kuat peluh . ha itu jelah yg dia kena bayar . tapi duit dia , dia buat apa ? rm400 buat beli barang dia . 55 buat bayar wifi . baki 95 , 20 ringgit dia bagi aku sebab aku kata kawan aku ajak keluar bukak puasa sama sama . tu pun tak bayar lagi sebenarnya sebab haritu pakai duit kawan , dia bayarkan dulu . dan adalah suami belikan aiskrim untuk aku malam tadi tu pun sebab dia sakit tekak , katanya elok makan aiskrim vanilla . tu aku terima kasih la sebab ingat jugak untuk aku . dan selebihnya semua pada dia duit tu . tapi tulah dalam masa seminggu ni dia bebel bebel jugak kata takyah keje takyah keje . aku diam je kang kalau aku menjawab nanti memang keluar semua dari mulut ni . lepas pada iftar sama sama (2 hari lepas) dengan kawan aku tu , aku ada la pergi keluar pergi expo raya dgn kawan ii . anak aku mak aku suh tinggal ngan dia je sebab dah malam kan . pastu suami pulak dia memang izinkan je aku pergi (ni setelah sekian berkurun lama aku tak keluar dengan kawan kawan ya , last puasa tahun lepas ) tak sampai 2 jam pun aku keluar tu . malam tadi dia dah bebel . katanya dia dah bagi aku me time dah tp anak tak reti jaga . punca nya sebab apa ? punca nya sebab malam tadi aku selsema jugak , aku makan la ubat selsema yang ngantuk tu . then dia pun balik keje . dia tengok aku tertidur tapi anak melalak ii sebab aku tertidur kan . pastu dia bising la , katanya baru keje sikit dah penat . dia pun amik anak pujuk ii . habis selama ni aku memang duk kangkang je kat umah ni . anak tu dari keluar perut aku sorang je yang jaga dari a sampai z . baru sekarang kau nak berbunyi ? memang sakit hati aku dengar malam tadi . kalau nak cite semua tak cukup kat sini . cukuplah Allah sahaja yang tahu apa ada dalam hati aku . aku jaga aib suami aku tapi tak tahu sampai bila hati ni boleh sekuat macam ni . semoga hati dia terjentik nak berubah . doakan family aku murah rezeki ya semua . terima kasih baca....

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Weh cm laki sy dlu. Kdekut . Tkde nfkah prbelanjaan. Tau tak sy nak beli pkaian, dn alatan mndi sndiri sy mnta duit kt abah.😭😭 segann, tp trpksa.. Buat 2krja, stu kt sini,stu kt situ. So trima brsih stiap bulan rm3500. Tp tkde pn bg sy. Simpanan pn xdaaa. Cuma tu laa beli brg ank dia beli, brg dpur,bil, tp sy pn ad juga rsa nak mmbeli tuk diri sndiri nak mkn tu mkn ni. 🥹🥹🥹 prnh gduh sbb duit.. blablablaa. Hbis semua sy sembur kt diaa. bkn mata duitan,abh sy lg kaya dri diaaaa, tp tu tggjawab bkn mata duitan.. Alhamdulillah laa, lps kalah judi rm3700++ sehari , dah traumaaaa smua bg bini pegang duit smpai skg,duk dlm acc bini.. Haa dulu. Bab anak. Mmg husb sy lgsung x prnh jaga. Tukr bju x prnh, tukr pmpers x prnh, krja dia tido, main game. Adalah masak,kms rumah. Tp mmg x nk jaga anak, katanya tu tugas sy jaga anak je punnnn.. smpai la satu msa tu sy bg dia jaga anak sy prgi me time 4jam. Blum smpai 1jam dh pggil suru blk, hambek mung . 4jam kmudian jg bru ak blik🤣🤣. Haaa sbb disini jugak laa kmi brbagi masa jaga anak, me time, rehat. Bg dia rsa mcm mna penat jaga anak tu drpd kerjaaaa banting tulg 24jam. Apapun bykkn brdoa kpd tuhan. Tuhan lbih mngetahui apa yg kmu rsakan. InshaAllah akn diprmudhkn urusan..

Baca lagi