Suami tak mahu buat aqiqah

Salam mommies, saya buntu sekarang ni sbb suami berkeras tak mahu buat aqiqah sebab taknak bazirkan duit. Kami mampu, cuma suami rasa tersesak sebab banyak sangat yg perlu gunakan duit jadi dia rasa takut nak habiskan dekat perkara yg tak perlu. Dia kata kalau saya nak, saya guna duit sendiri. Setiap kali bincang pasal ni mesti suami mengamuk sbb dia kata tak wajib. Betul tak wajib, tapi ia sunat yg sangat sangat dituntut. Saya boleh je bayar tapi saya terkilan je lah sbb dia tak nak buat aqiqah dan korban. Bukannya mintak buat majlis pun. Ini pun anak pertama kami. Takpelah, nampak gaya saya je lah yg perlu kisah tentang ni. #firsttimemom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

suami banyak benda nak ditanggung, kalau puan mampu, tak salah keluarkan duit utk aqiqah anak. so far qurban saya keluar duit saya sebab tau husband banyak hal lain nak dibayar. anak yg dalam perut ni pun saya tak kisah untuk spend buat aqiqah kalau husband budget tight nanti. sebab saya tau banyak kos tanggungan husband kena fikirkan.

Baca lagi

takpelah sis. pahala dapat kat sis.