Sekadar meluahkan..

Saya rasa saya dah kehilangan anak saya ketika kandungan saya baru sahaja nak masuk 6w.. bermula apabila saya rasa sakit perut seperti period pain pada minggu lepas, dan turun darah.. doktor diagnosed saya threatened miscarriage dan saya banyakkan rehat.. selama beberapa hari saya masih ada spotting berwarna coklat.. jadi pada ahad yang lalu saya telah ke klinik swasta dan tiada apa-apa pada imej ultrasound kecuali kantung yang bentuknya tidak cantik (menurut kata doktor) saya dapat duphaston untuk seminggu dan saya banyakkan rehat juga.. dan hari ini jam 3 petang, turun darah lagi sekali.. saya tak mampu lagi untuk fikir positif.. fikiran saya hanya ada "saya sudah kehilangan anak saya".. saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami saya yang sangat mengharapkan kehadiran bayi ini.. saya rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga bayi ini.. Sekarang saya hanya tunggu tarikh repeat scan.. walaupun saya sudah pasrah.. saya tetap nak tengok imej scan tu.. kalau betul dia sudah tiada lagi di rahim saya.. Semoga saya masih diberi kekuatan dan direzekikan kehadiran anak dalam hidup kami.. #firstmom

Sekadar meluahkan..
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

takziah utk puan. bykkan bersabar & ada hikmah disebalik ujian yg puan alami. cuma sy nak pesan pd puan, jgn rasa bersalah pd suami/pada diri puan sbb keguguran berlaku bukan salah kita. bukan sbb puan renyah, bukan sbb puan bersama awal kehamilan, bukan sbb puan tak jaga diri. keguguran berlaku kerana janin tu sendiri rosak/ada kecacatan genetik. ni apa yg doktor O&G sy bgtahu ya. jadi janin tersebut tak dpt nak survive sbb tu dia jatuh (gugur). so mmg bukan salah sesiapa. sy harap puan tabah, redha & berserah pd Allah. Insha’Allah bila sampai waktu yg tepat, Allah akan kurniakan pd puan & suami. bykkan rehat & cuba lagi nanti. selagi ada rahim, puan boleh mengandung. percayalah. jaga diri ya puan.

Baca lagi
3y ago

Sama mcm sy. Bulan 5 tahun lepas sy gugur masa kandungan cecah 6w. Sedih yang teramat sgt sb setahun lebih tunggu . Check klinik tak npk kantung, dr refer spital. Dah pgi, check jugak still taknpk n dr amk beta hcg. Lps balik dari rumah, tiba2 bleeding teruk. N rasa sengugut yang teramat sakit. Then rasa nak berak, tiba2 kluar seketul darah. Allahu. Lps je kluar tu terus hilang rasa sakit2 tadi. N saya kehilangan baby. Bulan 7 Allah hadirkan balik malaikat kecil dalam rahim saya. Alhamdulilah, skg da 31w. Semoga puan n suami tabah hadapi semua ni, in sha Allah akan hadir lagi rezeki tu .