Anxiety dan pregnant

Saya pregnant dan masa yg sama ada anxiety.. ada sapa-sapa ada pengalaman yang sama.. macam mana ya nak handled..

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, kehamilan terutamanya bagi kehamilan pertama adalah satu keadaan yang boleh merunsingkan dan ini boleh menjadi punca anxiety. Sekiranya anda sememangnya menghidap masalah anxiety sebelum hamil, masalah ini boleh menjadi lebih buruk ketika hamil. Untuk menanganinya, puan disarankan untuk sentiasa berfikiran positif dan mendapatkan sokongan daripada keluarga, suami dan rakan terdekat. Sekiranya runsing atau risau akan sesuatu, dapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat setiap kali anda datang ke klinik untuk temujanji pemeriksaan antenatal agar anda mendapat nasihat yang betul. Sekiranya anda merasa terlalu risau sehingga menjejaskan aktiviti harian anda, anda boleh merujuk kepada doktor, pakar kaunseling atau doktor psikiatri untuk langkah selanjutnya. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
5y ago

Hi doc, baik.. ɬɛཞIɱą ƙąʂıɧ doc.. adakah anxiety ini akan hilang atau berkurang selepas bersalin..

Hi, saya mengalami anxiety masa saya bujang lgi, skg ni sya dah berkahwin dan usia kandungan sya dah hampir 5 bulan, saya risau sejak kebelakangan ni anxiety sya makin kerap dtg, sya dah cuba utk brfikiran +ve , x nak stress2 tpi setiap kali malam sja ketika nak tidur dia akn dtg tiba2.. sya risau benda ni akn menganggu kandungan saya. Saya tnggal brsama kluarga saya sndri, kadang tnggal brsama kluarga suami , x menentu d sebabkn saya dan suami berjauhan suami offshore berbulan2 baru dpt pulang, bnda ni merisaukn saya juga, susah utk saya mengadu keadaan sya mcm ni , dan bnda ni juga mngkin salah 1 mnyebabkn anxiety sya kadang dtg secara tiba2.. mohon pencerahan dripada doktor. Terima kasih

Baca lagi

Sama sis, sy ad anxiety and adjusment disorder, time pregnant nurse cakap jangan banyak fikir n jangan stress, fikir baby je, lagi awak fikir benda bukan bukan lagi ganggu emosi awak, berzikir banyak banyak.

5y ago

Sy tk kena bg ubat, and belum bersalin lg, baru nak 3 bulan ni hehe, sy kawal sendiri je kalau benda tu, kadang share problem ngn husband, syukur la tenang jugak