Anxiety dan pregnant

Saya pregnant dan masa yg sama ada anxiety.. ada sapa-sapa ada pengalaman yang sama.. macam mana ya nak handled..

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, kehamilan terutamanya bagi kehamilan pertama adalah satu keadaan yang boleh merunsingkan dan ini boleh menjadi punca anxiety. Sekiranya anda sememangnya menghidap masalah anxiety sebelum hamil, masalah ini boleh menjadi lebih buruk ketika hamil. Untuk menanganinya, puan disarankan untuk sentiasa berfikiran positif dan mendapatkan sokongan daripada keluarga, suami dan rakan terdekat. Sekiranya runsing atau risau akan sesuatu, dapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat setiap kali anda datang ke klinik untuk temujanji pemeriksaan antenatal agar anda mendapat nasihat yang betul. Sekiranya anda merasa terlalu risau sehingga menjejaskan aktiviti harian anda, anda boleh merujuk kepada doktor, pakar kaunseling atau doktor psikiatri untuk langkah selanjutnya. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Hi doc, baik.. ɬɛཞIɱą ƙąʂıɧ doc.. adakah anxiety ini akan hilang atau berkurang selepas bersalin..