9weeks 2days
Saya pregnant no 3 sekarang. Anak no 2 da 4 tahun. Tapi kali ni alahan teruk sangat. No 1 & 2 pun teruk tapi kali ni double triple teruk. Da sebulan seminggu saya bed rest, tak buat apa apa. Tak selesa sangat bahagian antara perut & dada, rasa bloated & heartburn 24/7. Mual loya pun 24/7. Pagi tengah hari petang malam muntah saja. Nasi langsung tak boleh makan. Makan apa pun keluar semula. Letih sangat. Bau apa apa pun tak boleh. Paling teruk saya tak boleh kawal air liur yang oversupply. Tak boleh telan jadi saya 24/7 pegang bekas atau plastik sebab nak meludah je. Saya da pergi klinik swasta & hospital, dapat da ubat tahan muntah tapi tak jalan. Masih sama. Saya menangis hari hari sebab saya nak sihat. Macam macam tips jugak saya da buat, masih sama. Boleh share tak apa lagi cara untuk saya cuba kurang kan rasa ni? Sedih sangat sebab saya perlu uruskan kedai, anak anak & rumah semula.