Suami salahkan saya baby reject botol susu

Saya pjj dengan suami. Anak kami hantar taska. Memang ada masalah penerimaan botol sejak baby dah cerdik boleh beza puting botol dan puting ibu dia. Setiap kali saya pulang tu la saya dengar ayat dia "next baby kita ajar full botol. Tak payah breastfeeding dah. Tengok baby yang ni dah jadi susah terima botol sebab sayang duk menyusu badan" Masalahnya saya ni dah banyak kali mintak tolong dia tengokkan baby sebab saya nak pam, tolong basuh dan keringkan botol susu, tolong bancuh susu tepung, tolong belajar pasal ebm, belajar pasal cara bagi susu kat anak. Semua tu dia ambik ringan. Banyak benda dia boleh tolong tapi yang dia pilih ialah salahkan saya baby susah terima botol. Dia tak faham ke saya perlukan pertolongan dia??? Memang lah kat taska dia ok je minum, teacher dia la cakap. Minum jugak la bila betul-betul lapar. Tapi takkan la as parents takde effort nak latih bagi botol. Botol susu pun saya beli pakai duit gaji saya sebab dia mmg tak mampu nak beli. Susu tepung pun mestilah duit saya. Sterilizer dryer semua tu duit saya. Semua saya. Salah pun salah saya. Dia kata "breastfeeding ni untuk surirumah je" Tercalarnya maruah saya sebagai ibu. Saya ada susu badan, mesti saya nak rasa memberi susu secara direct feeding. At the same time saya nak ajar botol jugak. Biar baby pandai dua-dua. Tapi ni lah yang saya dapat. Disalahkan. Bukannya orang nak tolong. Saya geram nak bagitahu dia saya tak nak beranak dah. Cari perempuan lain lah kalau nak baby lagi. Kecewa? Sangat. Saya menaip ni pun saya tengah baring kat bilik lain. Saya biar je dia tidur dengan baby. Kalau baby lapar pandai-pandai lah dia buat susu. Dah taknak saya breastfeeding kan. Lebih baik tak payah balik jumpa dia. Biar je lah saya mereput bersama baby sorang-sorang. Ada suami pun kerja nak menyalahkan lepastu asyik tanya nak kena buat apa nak kena buat apa. Bila cakap nak kena buat apa bukannya nak buat pun!

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

apapun yang berlaku sentiasa bersahabat dgn anak. kalau rasa marah dgn suami pun ambil je anak tu susukan. dia nak jaga atau tak itu urusan dia dgn Allah. puan kena kuat ya. kuatkan diri. kerana Allah tetap mencintai Puan. letakkan dalam diri Allah adalah segalaNya. jaga anak sebaik nya. kerana itu anugerah yang tidak ternilai. letih itu biasa Puan. anggap anak itu sahabat Puan.. Allah tetap bersama Puan dalam apa situasi pun. smga sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. jgn kerana suami yg tak cerdik tu, anak kita menjadi mangsa. menangis kelaparan sbb kita marah kat suami. kuat ya Puan. rasanya semakin kita kuat semakin kita nampak tak peduli dgn provokasi suami dia akan jd lebih berfikir melainkan jika dia mmg seorg yg hanya pentingkan diri. sayangi diri ya Puan, sayangi anak kita dan Allah menyayangi kita sentiasa. ❤️

Baca lagi
1y ago

Terima kasih puan. Menitis air mata saya baca komen puan. InshaAllah saya kuat.. demi anak.. hari-hari saya doakan dia mudah minum dari botol susu di taska. Dengan saya takpelah saya susukan direct shj. Saya tetap tak putus asa ajar dia botol cuma kalau meraung sangat saya tetap bagi direct feeding. Kesian pula.