Terpaksalah bekalkan syringe kat taska

Dari newborn ajar guna botol susu, usia dah 2 bulan tak nak botol langsung. Macam tiba-tiba dia cam puting tipu, terus dia reject. Dari Pigeon, MAM, Philips, Hegen, yang saya hack guna Pump on the Go storage bottle + puting Pupici... semua dia tolak. Pigeon Wide Neck, Slim Neck pun dia tak mau. Tips bagi orang lain yang susukan guna botol sebab baby boleh bau ibu, pun saya dah try, dia reject juga. Bagi botol semasa dia mengantuk, pun tak menjadi. Bagi df dulu baru botol, tak menjadi juga. Lepas raya ni dah kena duk taska, saya terpaksalah bekalkan syringe kepada teacher kat sana untuk bagi dia susu. Hari-hari jugak lah saya nangis risau kalau dia kelaparan kat sana. Silap saya juga ada gap seminggu tak bagi botol sebab saya tak sempat nak pump. Anak kuat mengempeng. Dia tidur pun boleh terjaga kalau saya keluar bilik. Sekarang dia ada perangai baru, dia nak tidur berpelukan dengan saya. Dia macam nak dengar jantung saya kot. Baru dia lena. Entahlah. Risau. Nak mintak cuti tanpa gaji pun saya ni banyak hutang nak kena bayar. Semoga dia mudah menyesuaikan diri kat taska, minum susu walaupun pakai syringe. Sekian dari ibu yang risau. (Harap susu tak drop sebab lately banyak fikir ☹️) Currently tengah ajar anak guna slim neck. Tapi kena tunggu mood dia ok baru dia tak reject. Dia takde la reject cuma dia tak hisap pun susu. Mujur puting tu jenis ada jugak susu menitik jadi anak minum walaupun tak hisap.

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Samalah anak saya lagi suka df 🥹 saya baca komen ramai jugak baby jadi automatik terima botol kat taska.. 😣 tapi ok lah saya nak ikut cara awak bagi syringe 😭 pastu anak saya ni nak dengan saya je.. aduuuuii 😭😭😭

9mo ago

Mana nak cari brand tu sis ☹️

semoga cg taska baik bertanggungjawab handle.. kadang ada org susah2 dia malas.. harap takde la mcmtu.. btw sementara ni, bekalkan jgk botol tu mana tahu anak nk kn..

9mo ago

Ya taska dekat dengan rumah sewa. Rumah tu tengah2 antara tempat kerja dan taska sebenarnya huhu

TapFluencer

bila jadi macamni, kita kena paksa sikit. bagi bila anak betul² lapar. biar dia tahu, yg nak taknak dia kena minum juga guna botol. atau try guna cawan pulak.

9mo ago

Dua brand puting dah dia reject haha masa tu minum dari botol takde masalah pun.. pacifier je dia taknak 😅

Cubay try HeorShe, Tommee Tippee pulak. Apa yang awak tengah buat tu, teruskan. Jangan give up 💪

9mo ago

Dah cuba sis, anak takmau jugak Saya bukan nyorok je, siap keluar rumah lagi huhuh

Moga dipermudahkan urusan. Kakak saya sampai resign sbb anak dia mcm ni

5mo ago

sya tgh alami tpksa resign struggle yer, skrg nak start keja balik baby masi xnak botol even pksa pun dia xnak snggup haus.. smoga pelahan2 dia terima. 🥲

depend sis.. x semua teknik2 yg org ajar, menjadi kt anak kte...

9mo ago

Itu lah. Minggu ni sampai lepas raya mmg saya main botol je la

saya tpksa unpaid sbb anak reject botol 😔

9mo ago

sama laa sis, sya pun klu ikut xmampu tpi trpaksa pengasuh xbole fokus dgn anak sya sorg, 😫