Hi mommies
saya ni nak makan semua benda tak kena, rasa loya nak muntah tapi tak muntah pun, tak lalu nak tengok makanan atau fikir pasal makan. skrg ni boleh telan buah dan susu je 😢. korang semua selera makan ok je?
Selera makan sy so so. Kalau malam mmg tak lalu lgsg nak makan. Fikir pasal makan pun loya. Cuma pagi wajib breakfast even tak habis. Tghri pun cuba jugak makan sbb kerja. Now mmg buah jadi peneman. Malam² kalau loya sangat, sy makan Ice cream. Tak selalu la. Masih cuba cari makanan simple yg boleh buat stock lapar. Cuma sy perasan if sy lapar sangat sy akan makin loya so jamah la apa² buat syarat.
Baca lagiSma juga skg masi dlm trim1 nak mkn nasi dgn lauk x bole mkn byk jdi mkn skdar utk alas perut ja. Jdi sy lebihkn mkn buah, mnum susu dgn bread aslkn ada mkn sbab klu x mkn nti perut kmbung😅pnah juga sy btul2 x selera mkn jdi mnum air putih jaa, sekali pksa diri nak mkn mcm setahun pula x mkn tgn begegar2 nak pgang sudu😅apapun sis mkn jaa aslkn perut tu ada isi😊
Baca lagiSaya pun macam ni. Dari week 4 mcm ni. Skrg 8w pun masih macam ni. Nasi tak boleh telan, buah je boleh. Kembung yang amat sangat perut ni. Dah 2 kali drip air sbb makan apa semuanya muntah😭 mmg tak dpt pegi keje..
Sama lah saya. Tgk mknn kt tiktok pun nak muntah. Perut rasa nak meletup sebab kembung. Letih tekak ni sbb rasa nak muntah sangat2 tapi x muntah 😢 lembik rasa, x masuk makanan berat
sama la..semoga mommy kuat
mmng semua tak kena,saya nasi dapat makan tapi semua jenis daging termasuk ikan tak dapat langsung sensitif betul dengan bau cuma rendang daging saja dapat masuk😅
sama jugak sis, semua benda tak lalu nak makan. sampai masuk angin perut, tapi kalau dah lapar sangat kena lah makan. kalau tak lalu makan, makan buah je boleh telan
sama juga situasi sy. nasi memang xada selera langsung nak makan. even makan mee ke apa sy makan mesti xhabis. xtahu la sebabkan alahan ke apa. wallahualam
Saya 7week. Pening dan loya, paling teruk waktu tengahari ke petang. Nak muntah tapi tak keluar pun. Makan pun sikit je, lapar tapi tak ada selera makan.
Mengalami benda yang sama mgu ni. Perut dah sakit2 sbb tak mkn. Nak mkn mmg tak lalu. Muntah so far tkde lg. tp loya tu toksah ckp la. Allahu
Sy makan buah jambu takda biji dan tembikai cicah asam. Biskut sayur. Wedges. Susu coklat. Jus oren. Nasi dan lauk mmg tak lalu.