Jiwa ku sakit

Saya nak minta pendapat semua. Saya mengandung 5 minggu, anak luar nikah. Saya cerita dekat kawan saya. Saya mengadu dekat dia. Tapi dia seperti memberi tekanan kepada saya. Saya ingin gugurkan kandungan ni. Dia banyak bagi idea tetapi dia banyak bagi tekanan menyebabkan saya lebih tertekan. Boyfriend saya pun buntu nak buat apa. Dia nak bertanggungjawab. Tetapi dia takut sebab benda ni melibatkan keluarga. Dan dia yakin mak dia tak kan maafkan dia, saya dan tak kan pernah terima saya dan keluarga saya kalau mak dia tahu perkara ni. Boyfriend saya baik. Cuma bila jadi macam ni je dia tak tahu nak buat apa. Hari2 dia minta maaf dekat saya. Pujuk saya supaya tak tertekan. Saya mkin tertekan. Kawan saya suruh tinggalkan boyfriend saya. Dia cerita kawan2 dia yang pernah terlanjur dan gugurkan kandungan kerana boyfriend tak nak bertanggungjawab semua kahwin dengan lelaki lain. Dan kawan saya sentiasa membuatkan saya overthinking. Saya tahu salah saya. Saya cuma nak seseorang yang boleh tenangkan saya. Saya rasa macam nak gila. Saya takut keluarga saya buang saya. Saya dah buntu. Saya stress sangat. Tiap kali solat saya doa supaya Allah bantu saya. Saya tak kuat. Mental saya sangat tak kuat sekarang ni. Saya rasa macam nak gila. Rasa macam nak bunuh diri. 😭😭😭😭😭

49 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sistur. awak jangan gugurkan kandungan awak tu, jg buang anak tu. dia tak berdosa. awak dan bf awak tu mmg berdosa sebab buat zina tapi anak tidak berdosa. lebih baik awak berdua bgitahu family masing2 dan berbincang dgn baik. terima atau tidak belakang kira. yg penting awak terus terang. mungkin mereka akan marah dan tak boleh terima tapi itu buat masa skrg je. awak dan bf fikirkan secara rasional. jgn buat kerja gila. kalau bf awak nak bertanggungjawab teruskan. itu lebih baik dari awak terkontang kanting sorang2 kan. apa pun jadi berbaliklah kepada Allah. minta ampun dari Allah. semoga semua dipermudahkan. insyaAllah

Baca lagi
VIP Member

hi . seeloknya awak janganla fikir , macam mana sekalipun family dia tak terima awak . awak jaga je baby tu elok ii , ada orang kawin bertahun tapi tak dikurniakan anak . ada orang belom kawin tapi ada anak , semua ni anugerah 🥰 . mcm mana awak dah terlanjur dengan bf tu dah dosa , jangan tambahkan satu dosa nak gugurkan budak tu . kawan awak tu tak membantu , kawan yg baik selalu bagi kata ii semangatt . jangan gugurkan kandungan tu , awak ibu kpada budak tu , anak awak tu . awak kena sayang dia . jaga je dia walaupun takde orang boleh terima . doa banyak banyak dekat allah . ❤️

Baca lagi

jgn gugurkan..nt awak akan jauh lebih myesal...myesal perbuatan skrg lebih baik...perbaiki diri...solusinya..bnikahla scepat mgkn...kalo bf awak sygkan awak...dia kene btanggungjwb..sm2 pikul tanggungjwb as parent..bkenaan fmly pula..jgn rsau kene buang...lmbt atau cpt..suatu hr dorg akan trima jg...ajak bf jmpe parents awak..trs trg...org tua tau mne yg lebih baik utk ank..xkan dorg nk buang awak mcm tu je...xde orgtua x sygkan...awak kene kuat hadapi...bserah pd Allah....bnde ni aib bsr..tp kalo awak pelihara kandungan awak insyaAllah...pcyala..Allah tu Maha pengampun..☺

Baca lagi

1. Jgn gugurkan kandungan, sbb baby tu tk bersalah .. 2. Mmg family awk n bf akan marah, ye la siapa yg tk marahkan, but cuba korang n family duduk bertentang mata, n discuss about this Fyi, sy ada kwan yg preggy before marriage, at first mmg family dia buang dia but bila dia balik kg dgn bwak baby .. family dia tatap baby tu, they melt down .. they just ckap yg buat dosa korang berdua, skrg korang jaga n didik la baby ni 3. If things doesn’t turn out like u both plan, still jgn gugurkan kandungan, u boleh prgi JKM untk arrange for adoption untk baby u bila dh lahir nnti

Baca lagi

setiap manusia mesti ada melakukan kesalahan, tak terlepas..ini semua takdir yg dh tertulis dlm hidup awk, terima qadar and qadar serta reda dgn ujian yg Allah beri pd awk ni. jadi kan ujian ni untk dekatkn diri awk pd Allah.Allah x bg ujian melainkan ujian to mmg mampu awk hadapiny.Allah bg ujian kat awk sb Allah rindu pd awk,sb nak awk selalu dekat pd dia,ingat pd dia..jaga solat, jaga solat, jaga solat. Bunuh diri x dapat selesaikan mslh awk, selesai didunia, akhirat x selesai. jd jgn tambahkan lg dosa awk to. jaga baby baik2,jd seorang yg bertangjwb.

Baca lagi

Allahu...Bagus dh tu BF nak tggjawab..Tapi xpayah jadikan sebab takot family x trima or what..Jahat x baik..Anak2 dorang..Dorang akn trima..Kot mana pon benda dh jadi..Xley di undur masa tuu..Syg pada baby awak,And jaga leklok..Citer pada family dan amik kputusan untuk kwen smntara masih awal kndungan tuu..In syaa allah..Moga dpermudahkan..Kawan2 sy ramai yg macam tuu..Tapi bnyak yg amik kputusan mnikah dan bhgia sampai skrang..Bincang baik2 yer..Pape pon jngan stress smpai nk bunuh diri..doa bnyak2,mntak dpermudahkan sgala urusan..

Baca lagi
4y ago

Ye btul tu awal kandungan lg tu better nikah je bf baik sb nk bertjwb

hanya dgn nikah pyelesaian terbaik..jgn bunuh diri..jgn bunuh anak dlm kandungan...ketepikan malu,benda dh jadi...jadi jgn lari dari masalah..hadapi bersama,hadap bsama...jgn kata xde duit utk nikah...just nikah utamakan yg wajib..xperlu majlis covid2 nie..jgn tertekan sorg2,tekan kn boyfriend tu sama,paksa dia btanggungjawab!!!!...jadi matang..jadi berani..dh buat salah,minta maaf dgn ibu ayah,lama2 dorg akan maafkan jgk..kalau bunuh diri,bunuh anak,Allah pon xakan maafkan awak..semoga Allah permudahkan urusan awak..

Baca lagi

adik, awk bgtau ibu ayah dhulu untk berbincng. boyfren tu suruh bincng dgn famili dia. buat lah jalan yg betul dhulu. di smping tu, bnyk brtaubat ya mnta Tuhan permudhkan. awk akn lalui pahit getir tangis duka sekarang, tapi percayalah...smua ni akan berlalu...ank tu pmbawa rahmat, tidak sesekali dia mnanggung dosa ibu bapanya..ini lah jalan y awk hrus tempuh demi bayi tu..awk kena kuat, jgn risau..anggp saja sgala caci hina makian jatuh trduduk ni sbgai pghpus dosa ok. 👍🏻👍🏻👍🏻 kuatkan hati...

Baca lagi

sy tringat dlu kwn sy lelaki pun ada anak luar nikah jgk, kta2 dia sy ingt smpy skrg...dia dah bt 1 dosa, jd dia xnak teruskan dosa dgn gugurkan anak tu...biarlah dosa tu tak bertambah...anak tu xbersalah...yg dah lepas tu, biar lepas...cuma skrg sis dan bf kuatkan diri utk hadap fmly masing2 dan hadapi apa yg bakal berlaku...sentiasa doa pada Allah semoga Allah bg jln penyelesaian yg terbaik dan bertaubat ye

Baca lagi

Bgtahu family masing2.. Kne berani hadap dan bincang dgn cara baik.. Jgn digugurkan anak tu.. Saye ni kawen dah nak masuk 6 thn bkn main ssh nak dpt anak 😔 Sampai skrg masih usaha nak dptkan anak.. Awak pulak nak gugurkan bila dah dpt.. Istighfar byk2 mintak tlg pd Allah.. Paling penting taubat sbb dah melakukan zina.. Moga dipermudahkan sgla urusan awak..

Baca lagi