Nak minta sokongan

Saya pregnant dah 8 bulan, suami selalu balik lambat sebab lepak dengan kawan² lepas kerja. Pernah sekali tu sampai 4 pagi baru balik, tu pun sebab saya call. Saya sedih bila saya tegur dia, dia melenting,seolah dia tak faham yang tak lama lagi saya nak bertarung nyawa untuk anak dia..patutnya dia ambil peluang untuk ada dengan saya.. Bila saya mengadu sakit jarang sekali dia nak rawat, bila depan mertua atau mak ayah saya baru dia nak tunjuk dia baik,jaga saya elok² tapi dekat rumah dia tak faham pun keadaan saya.. 2 hari lepas saya demam sampai suhu cecah 38.5, dia tetap juga balik lambat Dan lepak dengan kawan² dia.. Haritu dia bagitahu dia tak amik cuti bila saya bersalin nanti sebab tak dapat elaun kedatangan kalau apply cuti, dia kata dia curi² keluar office je untuk tengok² saya, saya kecik hati sebab ni anak first and dia tak nak ada dengan saya pun untuk bagi semangat.. Macam mana saya nak lalui semua lepas ni? Hati jadi makin sedih bila fikir balik semua..rasa tak Kuat.. #pleasehelp #1stimemom

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

mommy boleh mintak husband hantar rumah mak ayah mommy. mcm saya, saya dah pesan dgn husband, masuk 7 bulan sye xboleh duduk rumah sorg². kalau ape² jadi sye sorg² xde spe nk tolong. sbb mcm sye ade mslh hypo, kalau kate sye pengsan dlm masa 2 jam xsedar, sye ckp die boleh hilang baby dan sye. sye ckp mcm tu je dgn husband, dulu masa mula mengandung ade jugak die lepak kdg² smpai pkul 1 2 pg. now sblm 12 dh balik 😂 mommy boleh mntk nak bersalin n berpantang dkt rumah mak ayah nanti. sbb selalu 1st baby ni kite xde pengalaman lagi. kalau mommy ade bajet lebih, boleh gunakan khidmat confinement lady. ade pakej yg stay in or stay back. atleast masa pantang mommy x sorg² dkt rumah. sbb kalau mommy sorg² nanti akan jadi sedih, boleh lead to pospartum despression atau meroyan. lagi 1, mommy kena explain, nanti lepas baby lahir, die akan tetap kena bwk bby check up dkt klinik. kalau bby kuning nanti kena ulang alik pg hospital pulak. jadi die as husband kena bwk mommy. xkan nak suruh mommy pegi sendiri naik grab or drive kan. lps tu mommy boleh mintak mak dgn ayah mertua nasihat kan suami. selalu bila mak ayah nasihatkan suami akan dgr. mommy kalau rasa x sihat, boleh terus pegi hospital or call je emergency. btw take care mommy. jaga emosi, jgn stress nanti effect dkt baby. jgn sedih.

Baca lagi

dah 8 bulan ni awak duduk lah rumah mak awak. bahaya lah duduk sorang sorang. lagi lagi bila emosi awak tak stabil. tak pe lah sis sabar okeh. semoga laki sis berubah selepas sis bersalin. kalau tak berubah juga. sis call kawan dia suruh dia balik jaga anak. “pandai buat anak jaga tak nk”. sis jangan stress stress okeh. kalau boleh sis jangan termengndung anak kedua. kalau laki sis kerja sama tak pe. kalau tak sis sorang sorang susah. Ingat jangan termengandung anak kedua. betol !anak ni rezeki. tp lebih tepat amanah dr Allah. tanggungawab ibu bapa untuk menjaga dan mendidik anak. kalau ayah tak nk tolong jaga anak. ibu pulak dalam keadaan stress. bahaya untuk anak. semoga urusan sis dipermudahkan 💕

Baca lagi
2y ago

betul tu. anak tu tggjwb bersama. tpi yg beranak, jaga anak isteri ja. masa buat anak berdua pula. lebih baik jgn minta ank kedua. kalau x dua kali kena nasib yg sama.

mommy dh bersalin ke? smoga mommy tabah dan terus kuat..suami sy pun jenis x lekat kt rumah..tp dia suka lepak rmh mak dia..smpaikn masa nk bersalinkn ank ke4..nk terbersalin dlm kete dh..smpai hospital, 5minit dh bersalin..dia lmbt balik bwk sy ke hospital..dia pulak yg marah ckp x bgtau sakit betul²..padahal dh bgtau sakit, kalu betul sygkan isteri, cepat² la balik bila isteri ngadu sakit..

Baca lagi

Si suami ni mmg takkan paham keadaan isteri sbb mereka tak pernah rasa keadaan kita. Kdg ada mertua atau ibu yg lebih fahami..time gini perlu ada org tua bersama

Pulangkan dekat mak ayah dia..