Luahan hati

Saya nak kongsi perasaan dan mintak pendapat betul ke apa saya buat ni... Saya baru keguguran 5weeks.. Ada ramai mintak saya pantang, jadi saya pun pada mulnya ingat nak berpantang sendiri sahaja dirumah, tapi saya ada yang cakap perlu jaga macam orang bersalin, ada yang mintak pantang makan je.. rumah ibu mertua saya tidak lah jauh dari rumah ni dalam 15 minit.. saya berbelah bahagi nak berpantang rumah mertua atau tidak.. saya sebenarnya okay, cuma hati saya banyak terasa dengan mereka.. sbb saya ttc dah lama, jadi saya dipersalahkan ibarat tidak menjaga kandungan, sedangkan sepanjang saya pregnant saya berehat je.. saya gugur pun lepas saya pergi klinik untuk confirm pregnancy. Saya memang terasa sangat2, sepatutnya mereka tenangkan saya, dan selain pada tu pun tiap kali saya balik rumah mereka, saya selalu kena perli pasal suami berhutang dengan mereka, jadi kami jarang balik ke sana sebab tak nak sakit hati lagi. dalam masa sama, saya taknak dia burukkan saya dan suami pada orang lain yang kami jarang balik atau itu begini.. Saya memang dalam dilema sebenarnya.. hati ckp taknak, tapi dalam masa sama saya sibuk pikirkan apa orang akan bercakap nanti... Tolong saya.. tolong bagi pendapat..

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

adoi sis,duduk jela berpantang dkt rumh sendiri maaf ckp lepas gugur ni mmg emosi mental xmenentu teringat2 apa silap kita salah kita mcm mn xpayah la fikir pasal mil baik fikir pasai diri tu dulu . Mil tu ada anak dia pandai2 la anak dia fikir pasai mak pak dia tu.kita ni kena jga badan kita jugk .klu pantang dkt rumh mil tu dapt sakit hati ja siapa yg susah? sis jgk kn.

Baca lagi
TapFluencer

Better jaga hati diri. Tegas dgn pendirian. Berehat sendiri di rumah. Betul dah tindakan jarang balik rumah mertua. Sama2 usaha selesaikan hutang tu. Buktikan boleh selesaikan hutang. Boleh jadikan alasan juga jarang balik sbb sedang usaha selesaikan hutang. Mudahan Allah gantikan kehilangan dan kesedihan dgn yg lebih baik drpd sisi-NYA. Takziah atas keguguran.

Baca lagi

Fokus kat diri sendiri sis, syg diri sendiri dulu baru orang lain. Pantang sendiri pun okay untuk 2 minggu. Dah betul2 sembuh dalam luar baru la fikir yg lain2. Semoga Allah bg jalan keluar selesaikan masalah hutaang, Diberikan rezeki yg melimpah ruah serta Allah gantikan rezeki yg lebih baik. Bersangka baik pada Allah.

Baca lagi

Dia macam ni.. pilihan ditangan kita sendiri..nak jaga hati & mental sendiri atau nak sibuk dok fikir orang akan bercakap pasal kita ?? lantak orang nak bercakap apa yang penting hati & mental tenang waktu berpantang..fikir & sayangi diri sendiri dulu.

Baca lagi

Selain buat baik dengan orang lain, jgn lupa buat baik pd diri sendiri, jgn paksa diri jd kuat sepanjang masa. Tambah kesihatan diri belum pulih, utamakan kesihatan diri. Diri sendiri pun perlu belas kasihan. 1st diri sendiri, baru org lain.

pleaseee abaikan mulut org, mulut org mmg xkn dpt tutup. better pantang sendiri je lbh baik, mental & emosi lbh terjaga.