Ubat ubatan

saya minta tukar ubat dari zincofer ke 4 sekawan ni, tapi kenapa IDAMAN Ferrous Fumarate tu rasa ubat dia sama macam zincofer jugak eh saya terjaga dari tidur lepas makan ubat tu rasa macam dalam mulut saya bau hanyir sama macam ubat zincofer tu bangun je terus saya muntah pahit bercampur rasa hanyir sama macam masa saya muntah sebab zincofer dulu 😭😭 tak suka rasa tu tau! ada tak ubat iron tambah darah yang takda muntah sampai bau hanyir gitu saya tak boleh betul lah 😭 lagi 3 ubat tu saya boleh terima tang ubat iron tu haih 😭 padahal saya baru je tukar ubat. Setakat ni hb saya still maintain cantik 12-13 gitu.

Ubat ubatan
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis dah berapa minggu? cuba try minum dengan jus oren pastu makan ubat sebelum tidur. saya pun byk jenis ubat tambah darah yg tak boleh consume mcm zincofer, obimin dan iberet mesti muntah. doktor kata sebab badan tak boleh terima kandungan iron yg lebih. setakat ni pernah gak rasa hanyir makan ubat ferrous ni tapi sejak masuk trimester dua dh ok. kalau dh cuba mcm² cara still tak ok, try maltofer (ada rasa coklat sikit).

Baca lagi

pharmacist dkt kk tpt sy ajar lepas mkn FF tu, terus mkn buah orange mcm sunkist tu sebijik. alhamdulillah lepas 35 minggu HB asyik bwh 11, masuk minggu 36 HB naik walaupun atas pagar ngam² 11. paling penting, xmelekat rasa 4 ubat tu tiap kali makan sbb sy pun mcm puan, segala iberet, zincofer, maltofer, obimin xbley telan lnsg. semoga your pregnancy journey akan smooth, dimudahkan🤲🏼🫰🏼

Baca lagi

same lah..dua² dah cube zincofer dgn FF..memg muntah lepas lbh kurg stgah jam makan..minum jus pun same juga..kalau minum jus lagi la cepat reaksi anginnye dtg..last² sy xmakan ubat dua tu..harapkan nutrisi dr makanan je..yelah dari sy muntah² nutrisi makanan semua hilang baik sy stop..mengharapkan nutrisi pengmbilan makanan je..tp doktor suggest beli yg kat farmasi ok sikit

Baca lagi

Saya kalau dapat zincofer, saya makan dengan air ribena sejuk. After that saya tanya nurse nak tukar ubat boleh tak, dia kata boleh je. Saya beli Maltofer Fol. sis try

bagi saya busuk lagi vitamin b complex tu .. ubat tambah darah tu tak de bau sgt berbanding iron tablet

2w ago

betul. b complex paling susah nk terima tekak. yg lain okay lagi huhuhu

awak try maltofer dia rasa coklat. KK jarang bagi biasa kena beli sendiri kat farmasi luar.

cuba makan dengan Juice Oreo. kalau tak ngam juga,beli yang lain kat farmasi .

VIP Member

try makan ubt dgn juice oren or any juice br akan takde rs mcmtu

minta doctor iberet.buat masa ni saya makan X ada bau besi.

Sy pun tukar kpd maltofer. Zincofer takbole😭