Sholat masa mengandung

Hi saya mengandung 11w, tapi sholat dah tk larat nk sujud😭 bolehkah saya sholat duduk atas kursi masa sujud?

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tolong la jangan layankan sangat reply bawah ni. Islam memudahkan kita and bila mengandung, badan org semua tak sama and lain lain. Mungkin dia mmg betul tak larat and tak boleh nak solat mcm biasa. Jangan la pertikaikan 11w tu bump kecik, perut kecik, baby masih kecik, badan bukan besar sangat. Badan dia so dia sendiri tahu badan dia mcm mana. Andai kata dia main main tak larat solat tu lain la cerita, dosa dia tanggung lah sendiri. Mungkin dia mmg tak boleh nak berdiri elok waktu solat, mungkin dia sendiri sesak dada ke apa waktu sujud/rukuk. Boleh saja solat duduk asalkan solat. Condemn org lain cuma sbb korang terpaling solat boleh berdiri even 3rd trimester tak bawa apa2 kebaikan pun.

Baca lagi
1y ago

Atau mungkin tiap kali sujud rasa nak termuntah.. Macam kes sy 11w skrg. Tiao kali sujud tiap kali tahan muntah.. Tah laa solat kusyuk ke tak..

11 weeks tu kecik lagi perut. awak je tahu tahap sakit dan mudarat pada diri awak. kalau sy dah 36 weeks masih berdiri sujud seperti biasa walaupun baby kepala di atas merapat ke dada setiap kali sujud. hb low. tumbang banyak kali pun sy ulang solat. sy anggap solat itu juga satu senaman buat sy dan ibadah yg Allah nilai pahala setiap kali sy berusaha untuk solat dengan sempurna. lain org lain ketahanan badan kan. kalau rasa solat dalam keadaan biasa tu mudarat pada awak, buat lah mana yg termmpu. asalkan solat. wallahualam

Baca lagi

11w baby bump pn x berapa nmpak lg.. mcm pelik pulak kalau sbb kan susah nk tunduk.. or x larat sbb cramp ke macamana.. kalau cramp tggu la dlu reda sikit bru solat. Solat itu mudah tp jgn diambil mudah. Apa pun awk tahu keadaan diri awk mcamana.. xde explanation kt atas awk mmg sepanjang masa sakit ke cane.. so awk buat je lah yg termampu awk asal jgn tinggal solat. Sy cramp jgk 2-3 hari ni smpai xleh nak berjalan tp Alhamdulillah solat berdiri boleh cuma time nk bangun tu susah sikit. Dapat mc 3 hari doktor bg

Baca lagi
1y ago

saya pun memang kalau solat cari dekat2 dgn dinding atau katil utk senang bangun semula

i feel u sis . sy dlu msuk week11, dh start sakit punggung .yg nk bngun pn trsgt la sakit, dn mmg brterusan la smpai skg trim3 .. ad je org ckp awal nye bru 11w dh sakit , tiap org x samaa . solat tu mudah, klw x larat bdiri, bole dduk. solat duduk dri awl .tp klw mmg msi larat brdiri, truskn.. mcm sy 29w, ad msa sy larat ad msa tdk .kdg brdiri kdg dduk, jnji solt x tggl. sy pn bump kecik, msih npk mcm lemak perut je 😂😂 x memboyot lg.

Baca lagi

Sis ada tekanan darah rendah kot atau hb low. Solat kalau dari duduk antara 2 sujud ke berdiri tu boleh ke? kalau boleh sis sujud tunduk sikit masa duduk antara 2 sujud. sbb sy baca buat setakat rukun apa y sis mampu bukan dari awal dah duduk kat kerusi. tp klu dari duduk 2 sujud nak bgun tu sis x lalu mngkin lepas rukuk tu baru sis duduk kat kerusi.

Baca lagi

Betul2 tak larat boleh je sis. Tapi kenapa ya baru 11w tak larat? Ada masalah kesihatan ke? Macam hb low ke. Alahan ke. Sebab 11w kecik sangat lagi. Saya sampai sarat pun masih solat berdiri walaupun mengah juga bila sujud dah tahiyat 😅

1y ago

tapi memang betul pun saya sampai 27 weeks solat berdiri..mungkin mummy ada masalah kot..saya solat skg pun kadang berdiri kadang duduk tapi bila perut dah besar memang susah sikit nak sujud rasa macam menekan dan senak di perut

baru 3bulan tu, maybe nanti bila check up puan boleh bagitahu nurse pasal ni.mintak refer doktor.. tengok gambar profile puan badan tak berisi mana pun. pasal solat kalau betul2 tak larat utk sujud sgt mmg boleh kat kerusi, tp utk sujud je la, yg lain semua kena cara biasa. termasuk duduk tahiyyat

1y ago

lahhh ke situ pulak... org nak faham situasi tuan post ni.. mestila ada kaitan contoh A 100kg mengandung 3bulan dengan B 40kg mengandung 3bulan, kan beza banyak tu, A nak bwk diri solat mengah laa lagi dr B. bukan nak body shaming, tp hakikat kan?

11week baru ja berapa cm baby tu. Kalau betul2 tak larat baru cuba solat duduk sis. Jangan lyankan/ manjakan sangat. And cara solat tu plak kena betul nnti salah caranya tak sah pulak. Tapi kalau awak btl2 mslh kesihatan, boleh la solat duduk. Antara you dgn tuhan ja solat ni

Jika awk mampu berdiri then solat berdiri dan jika waktu sujud saja awak tak larat selain dari itu awak larat contohnya masih boleh berdiri dan rukuk awak wajib buat tu. Jadinya jika masa sujud saja awk duduk sebab masa tu saja awak tak mampu buat. Sediakan kerusi siap2.

Kalau tak larat sangat, boleh je. Tak ada masalah. Sbb bnyak kemungkinan. Mungkin sbb alahan, kalau teruk sangat sampai boleh mudarat macam pitam ke apa baik solat duduk dulu. Sbb 11w baru trim 1, mmng betul2 kene jaga.