Keluar keputihan

Saya kurang sangat minum air kosong, banyak minum air manis. Boleh jadi ke sebab kurang minum air kosong dan banyak minum air manis punca keputihan dan baby akan kurang aktif?? Now 33 minggu 4 hari.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Betul bagi saya, sebab saya sendiri perasan, kalau saya kurang air masak, atau makan/minum benda manis banyak dalam sehari, keputihan akan keluar agak banyak dari biasa. Kalau keputihan tu berbau, gatal, puan kena bagitahu doctor/nurse in charge for further checking, & kalau boleh cuba banyakkan minum air kosong. 🥰🥰 Baby kurang active tu, saya tak pasti. Ada yang cakap, semakin besar kandungan kita, space untuk baby bergerak agak terhad. Tapi apa apa, kena pantau cukup 10 gerakan dalam 12jam. 😊

Baca lagi
3y ago

Keputihan tak gatal n tak berbau.. cuma byk je.. harini tengah cuba bykkan minum air kosong. Baby aktif n cukup 10 gerakkan dlm sehari, tapi cuma pergerakan dia cuma kecil dan lembut je.. tak lasak n tak kasar mcm selalu.. Bila scan dgn doctor semalam baby sihat.. Sy risau juga takut disebabkan keputihan.. Lagipun sy ni plasenta previa major type 4..huhu.. doakan sy semoga dipermudahkan urusan sy..

Yupp kurangkan yg manis2, tu salah satu punca keputihan jadi lagi banyak dan teruk. So minum air masak banyak2, kurangkan yg manis2, banyakkan makan plain yogurt.

3y ago

Takpa slow2 ye. Letak dlm satu botol besar. Nnti kalau kejap2 minum nanti lama2 terbiasa dah 😁

TapFluencer

Ya, kurang air kosong n bnyk mkn manis banyakkn keputihan

3y ago

ya perlahan2 mulakan.. banyak khasiat minum air 0 ni. Max 3liter. Saya setakat lbh 1.5 liter, kadang2 lbh juga. huhu.. Lepas muntah air (alahan hamil), saya minum air 0 perlahan2, 3 teguk sekali. trauma. sedangkan sebelum hamil ok je laju minum segelas 🤭😅. Hadap je lh dgn sabar. 😁