Bersalin induce
Hi. Saya kena warded khamis ni & kena induce. Nak tanya pengalaman mommies yang pernah induce sakit tak? Berapa lama ambik masa untuk beranak? Kalau diberi pilihan mommies akan pilih induce atau czer?

Pengalaman sy bersalin anak pertama, sy kena induce ubat pagi. Sampai tengahari contraction dh mula terasa sakit tapi masih boleh tahan. Lepas je waktu zohor dah semakin sakit. Check bukaan dah 3cm. Terus doktor masukkan belon untuk cepatkan lagi bukaan. Tiba-tiba air ketuban leaking + darah. Contraction makin tambah kuat dan kuat. Check CTG. Memang contraction sgt la kerap. Then doktor decide keluarkan belon tu, check CTG if abnormal ctg or nak detect if baby distress. Then, kena seluk first 6cm. Lepas 1 jam. Kena seluk lagi, naik 8cm. Dan masatu baby sy pun Abnormal CTG. Terus nurse tarik bed tolak turun labor room. Time ni dh gelupur sakit gila. Rasa nak teran je baby. Tapi fikir nt teran koyak teruk. Jadi kawal pernafsan. Sakit sgt2. Sampai labor room, doktor seluk dah 9cm. Tunggu 10cm. Memang nak terberanak. Doktor suruh teran. Tapi disebabkan kes abnormal ctg, doktor bantu vakum baby dan sy teran sehabis baik sy. Alhamdulillah teknik sy teran betul. Jadi kepala baby sy tak luka. Sekadar merah je. Sy di labor room siap jahit dalam 2 jam sahaja. Jahit pun dah tak sakit. Sebab happy tengok baby dah lahir. Sihat sempurna. Tapi ni pengalaman sy la. setiap org pengalamannya berbeza.
Baca lagi

