Bersalin induce
Hi. Saya kena warded khamis ni & kena induce. Nak tanya pengalaman mommies yang pernah induce sakit tak? Berapa lama ambik masa untuk beranak? Kalau diberi pilihan mommies akan pilih induce atau czer?

pengalaman saya masa kene induce belon. serah diri sebab baby kecik dan air ketumban tinggal 1, da ada bukaan 2cm. masuk belon pukul 6.30 pagi. akak sebelah katil saya cakap kalau kene induce ni kene rajin jalan, kebetulan saya pulak tak selesa asyik nak kencing ja. so ulang alik la toilet. pastu pukul 1 saya tak larat sangat saya baring saje laa, tetiba terasa benda mcm "pop" kat belon tu. bagitahu nurse, nurse check bukaan, da 5cm. pastu terus air ketuban pecah, auto rasa nak neran macam kucing nak beranak tu. masa masuk LR tu nurse check da rasa kepala. 3kali teran keluar da seketul 2.30kg pukul 1.30 😅 so 7jam saya bertarung contraction. pada saya better induce dari czer.
Baca lagi
with love ❤️