Takde apa. Saja nak meluah.

- Saya kat tempat kerja ni ada 3 orang sedang mengandung. Sorang bakal bersalin disember, saya januari, sorang lagi baru 3 bulan. Hari-hari saya dibandingkan dengan yang baru 3 bulan ni. Dia alahan teruk sampai kena masuk wad. Orang lain duk bercerita la pasal keterukan alahan dia, sekali nama saya kena petik. "Awak untungla. Tak teruk pun kan.. boleh datang kerja lagi." Saya pun balas "saya punya teruk la jugak." Lepas tu dibalasnya "yela tapi takde la teruk sangat kan" Jujur cakap saya terasa hati. Saya hadap alahan tu sorang je dengan husband dan mentua saya. And padan lah dengan kesakitan saya semasa saya keguguran, kena ulang alik klinik BERSEORANGAN sebab saya PJJ dengan husband. Lebih sebulan saya tumpah darah yang banyak, dan saya masih masuk kerja. Tu pun orang cakap saya "tak teruk sangat". Saya emosi betul kena banding macam tu. Lembik-lembik saya masa tu orang boleh perlekeh macam tu je. Sebelum ni kena banding siapa paling cepat lekat, dah lekat kena banding siapa alahan paling teruk pulak. - Tak cukup lagi dibandingkan, saya nak makan-makan dengan tenang mesti ada mulut berbunyi "jangan makan banyak sangat. Nampak berisi dah tu" ya Allah.... serabutnya ? saya berhak makan untuk anak saya kot kenapa nak bising bagai. Kenaikan berat badan saya masih dalam range normal kot. - yang lelaki. Saya kalau ada kudrat ni nak je sepak telur masing-masing. Saya jalan slow sikit mula lah mulut tu "orang pregnant kena jalan aktif-aktif sikit.. jogging-jogging ke" Saya nak jalan macam mana saya punya suka lah ? - tak cukup dibandingkan, kena bodyshaming... saya kena dah ayat "eleh baru sekali mengandung dah penat." "Apa ni anak belum lahir dah penat" Saya taktau apa masalah kakak-kakak ni. Tahu la ada rezeki senang lekat senang mengandung, masa mengandung pun tak penat, senang beranak yada yada tapi takyah la komen macam-macam dekat orang. Bercakap macam tak pernah mengandung. Salah ke saya makin penat? Saya kena buat semua benda sorang sebab suami saya takde bersama saya. Cari makan, basuh kain, jemur kain, drive sana sini pergi hospital, wajar lah saya penat. Tapi siapa je faham benda ni?? Semua ada suami kat sebelah ? Jujur saya cakap emosi saya rapuh betul. Lagi-lagi bercampur dengan badan yang makin lama makin cepat penat sebab dah 3rd trimester. Selera makan pun makin lama makin drop. Saya sejak keguguran tu sampai mengandung lagi sekali pun asyik menangis je sebab emosi tak sembuh lagi. Ni dah nak beranak pun kena hadap benda yang menjentik emosi. Ikutkan jahat ni, saya taknak jemput semua sekali rakan sekerja saya untuk kenduri aqiqah. Lantak lah? sebab masa saya mengandung kemain mulut masing-masing. Saya hari-hari doa supaya saya dapat pindah duduk dekat dengan suami. Saya tak tahan hadap semua ni sorang. Pregnancy is a lonely journey. Sekurang-kurangnya suami saya tak cakap benda-benda yang menyakitkan hati saya macam tu. Dia menjadi saksi segala kesakitan saya. Saya dilayan seperti princess dan dia sangat menjaga hati saya. Sorry luahan panjang. Rasa tak puas pulak lepas menangis kat bahu suami ? Sebab dia pun tak faham sangat.. yela dia tak mengandung kan haha

24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1. Jaga solat, disiplin dari segi masa sentiasa usaha on time. Bila perbetulkan solat insyaaallah hidup pun jadi mudah. Then baru buat next step. 2. Be positive. Motivate diri sendiri yang org2 toksik tu takkan ada bila awak susah,so ignore diorang buat apa yang awak rasa terbaik untuk diri sendiri tak kisah apa orang cakap. Jawab/fikir gini - Gemuk = sebab pregnant, and I'm happy for that. Kurang morning sickness = saya ni teruk macamana pun, hanya saya dan suami je tahu, alhamdulillah Allah mudahkan urusan nak p kerja and buat semua benda sendiri. Tk mcm sesetangah org nampak mcm manja je kan bila pregnant (sinis sikit) Jalan slow = laju2 nak kemana @ biar lambat asal selamat, karang jatuh sia2 je. Penat = penat ni kalau nk dtg, tk pregnant pun boleh penat bang, kak.takyah tunggu pregnant ke anak 10 ke. 3. Be strong. Sentiasa ingat diorg tak bayar gaji awak. Jangan sampai resign sebab diorg. Baik takde kawan dari takde keje. Kat tmpt keje, buat keje sendiri, buat hal sendiri. Kerja untuk suami dan anak tu. Ingat awak ada suami dan anak, takde kawan takpa. Makan sorg2 pun takde hal, jangan set dalam minda buat apa semua kena ada kawan, jangan malu berseorangan. Berdikari ok. 4. Last but not least, jangan pernah lupa pengalaman ada geng2 toksik kat tmpt keje ni, sebagai peringatan kat diri sendiri 1 hari bila kita kat atas, da jadi senior ke boss ke, atau da tukar tmpt keje, jangan sesekali buat kt orang lain apa yg awak pernah lalui. Jangan join geng2 mengumpat. 5. Ouh ada lagi, jangan share dah segala benda dengan sesiapa. Share sikit2 je jangan Lebih2. Lagi2 nanti pengalaman bersalin, kerenah bayi nanti, psl kewangan. Takyah share. Dengar je apa diorg share, tanya baru jawab tu pun sepatah2 je. Contoh, ouh sama la, tak la, ada jugak, kadang2 la,boleh la. Jawab mcm tu je. Takyah beriya cerita untuk dapat kan attention diorg sebab nanti makan diri (yang tahu je tahu maksud saya ni) Sekian.harap membantu.

Baca lagi
7mo ago

Saya suka tips no.5 tu Bahaya betul kalau oversharing ni. Mengundang mulut puaka je lebih huhu