Keliru waktu nifas (sorry soalan panjang)

Saya gugur 5w pada isnin 19/6 baru2 ni. Berhenti darah pada ahad 25/6. Saya ada keluar spotting masa subuh 6am 3/7. Dan bersih pada subuh 7am 4/7. Jadinya saya mandi hadas dan solat subuh. Waktu nak zohor 2:30pm, saya terasa tak selesa macam feeling period dan saya cek guna cotton bud ada darah sikit. Sampai 5pm. Jadi Was2 nak solat. 4/7 pukul 8pm-12pm saya cek guna cotton bud bersih sampai harini. Saya ada search google bab2 ni tapi saya keliru. Jika dikira, darah keluar tu sekadar 2 hari je. Sama macam spotting time nak period. Ada yang tahu bab2 ni?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tempoh nifas untuk bawah 10 minggu (janin yang belum sempurna kejadiannya) adalah 14 hari.. 19/6 - 3/7 (nifas) '' puan perlu pastikan masa dan waktu rahim kosong pada jam berapa untuk cukupkan 14 hari pada 3/7'' 4/7- jika belum 24jam dari 14hari nifas itu di kira darah istihadah (boleh solat) 4/7 - jika sudah lepas 24jam dari bersihnya nifas itu di kira haid jika darah itu berterusan keluar selama satu hari satu malam 24jam (tidak boleh solat) Dan selepas sudah bersih bebas dari nifas dan selesai haid walaupun sehari dah boleh solat seperti biasa Salam takziah dan tahniah memilik anak syurga sama seperti sy

Baca lagi