Luahan scan di klinik swasta dengan dr sombong

Saya first mom. Faham2 je la excited mesti lebih sikit kan hehe. Hari tu pergi buka buku pink di kk husb tak dpt temankan sbb kerja, so bila balik sy cerita kt husb, dr scan tu dah nampak bentuk baby, dr siap tunjuk mana kepala dan punggung baby, dan panjang janin. Tapi sayang dr tak print so sy tak dpt nk tunjuk kt husb. So, kami decide utk pergi klinik swasta utk scan, just utk suami dpt tgok sendiri. Tak kisah pun harga berapa kami mmg willing dtg sbb nk tgok that picture dan boleh print bawa balik. Before dtg, siap tanya lagi boleh tak kalau nak datang utk scan je sbb nk husb nk tgok baby. Staff kata boleh. Tapi bila sampai klinik, jumpa dr, dr layan dengan sangat sombong. Dia kata scan mesti consult. Saya okay je walaupun takde apa nk consult, just bayar je. Tapi saya kecik hati bila she keep asking "kenapa ye dtg?" "Kenapa nk scan?" Nada dia sangat sombong, and rushing, sedangkan klinik kosong je waktu tu. Bila pergi bilik scan, dr tu kata just nmpk satu bulatan je, padahal dr tu yg tak pandai scan. Sy pelik sebab sy baru je scan dekat kk boleh nmpk bentuk baby.. and dr kt kk sekali buat je terus nmpk jelas baby. Lepas nmpk bulatan je dia terus stop and panggil masuk bilik consult semula. Sy pun mcm ehh? Tu je? 😂 nasib baik dia ajak scan kali kedua masa sy dah que utk payment sbb dia lupa nk print, lagi pun tujuan sy dtg nk tgok picture baby, then bila dia try lg sekali dan gerak2 sikit baru dia tau sbnrnya yg td dia nmpk kepala je, sedangkan ada badan sampai punggung dah.. tapi dia still screenshot gmbr yg kurg jelas sebab dia tak pandai nk amek bentuk yang cantik, hasil sgt mengecewakan. Gmbr yg mcm nmpk separuh badan je.. Layanan dr sangat teruk. Tak tahu nk decribe mcm mana, tapi sy willing dtg sendiri sebab sy willing utk bayar. Lain lah kalau sy dtg hrpkan perkhidmatan percuma. Sedangkan klinik kerajaan dpt layan dengan lebih baik. Ya saya serik untuk pergi lg ke klinik tu. Balik tu sy nangis teruk, sbb sy tak dpt apa yg sy hrpkan, kecewa dengan layanan.. tp sy tak reti nk marah orang😞 pergi dgn excited nk tunjuk baby kt husb, balik kecewa sbb dpt layanan mcm tu.#firstmom #firstbaby

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sissss, saya nak suggest kan. Kan sis nak pegi scan & print je kan. Better sis pegi under sonobee. Murah pun murah 😍🤭 sebab sonobee sesuai utk kita yg nak scan & tengok perkembangan baby saja. Sbb dia takde doktor. Ada sonographer saja 🥰 Nanti try tau!

5mo ago

Thanks a lot sis.. serius tak terfikir dan tak tahu.. sebab ni first time kan.. rupanya itu beza sonobee dgn klinik biasa.. selama ni ada nmpk iklan kt fb tp tak faham apa bezanya.. sy igtkan asalkan klinik boleh scan tu kita ok la..

kalau saya, sy prefer pergi klinik yang ada sonographer.. sgt elok lyanan dan penerangan.. sy pernah ada pengalaman prgi klinik biasa dan Dr xbegitu mahir berkenaan scan dan keadaan baby/rhim.. xdelah mhl sgt pn jgk yg ada sonographer, lbih kurang je .

5mo ago

kat puchong belah mana ya sis?

Sabar ye sia. Lepasni jangan pergi dah klinik dr mcmtu.. org nak scan pun nak tanya buatpe, nak tgk baby lerr takkan nak cari otak doc tu pula 🤦🏻‍♀️ takpe jgn sedih, happy2 je utk next scan. kK mmg tak print kalau dia sekadar nak check

5mo ago

Itu la sy ni first time tak tahu.. igtkan kk print😭 mmg tak nk dah jejak kaki ke klinik tu lg🥹

sabar ye sis. ragam orang mmg kdg xley jgka. jgn sedih2 x elok tuk kandungan. next time de cek up lg ajk la suami msuk skli tengok.

5mo ago

Thank you sis.. tu la lepas ni kene ajak husb datang sekali