Luahan hati isteri

I nak luah perasaan dan mintak pendapat korang semua. Sebab buntu sangat tak tahu nak buat apa. Saya baru je melahirkan anak bulan 2 tahun ni. Bulan 5 tahun ni genap la satu tahun perkahwinan kami. Saya sangat terkilan dengan suami, suami langsung tak pedulikan perasaan saya. Saya menangis air mata darah sekali pn dia buat tak tahu je. Sikit pun tak endah perasaan saya. Sedangkan masa awal awal nak dapatkan saya dulu punya la beria macam macam effort yang dia tunjuk untuk kawin dengan saya. Bila dah kawin makin hari effort tu dah takde. Saya sedih sebab makin lama kelamaan saya rasa diri ni macam dah tak penting dah takde nilai dimata dia. Sampai satu tahap saya luahkan perasaan pun dia masih cari cara nk salahkan saya jugak. Sedih sangat. Orang yang dulu beria lepas dah kawin 360 darjah berubah. Patut ke saya berpisah? Daripada hidup dengan suami yang langsung tak endahkan perasaan saya. Bila ada anak ni lagi la ketara dia tak pedulikan saya. Saya sedih sangat. Buntu. Dalam hati fikir nak berpisah je sebab rasa hidup tak guna bila suami sendiri tak pedulikan perasaan isteri. Bukan duit yang saya mintak hanya mintak kasih sayang je. Saya nak berpisah maybe dengan perpisahan baru dia akan menyesal sebab tak hargai isteri. Apa patut saya buat?.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Puan jumpa kaunselor dulu. Belajar komunikasi dlm rumah tangga. Kena ada komunikasi yg berkesan. Boleh belajar perkara ni. Perpisahan bukan jln pertama jika ada tak puas hati dgn pasangan. Jd jumpa kaunselor keluarga untuk develop diri puan dlm membaiki hubungan dgn suami.

Baca lagi
2y ago

LPPKN ada perkhidmatan kaunseling. Boleh call dulu LPPKN berhampiran puan.

sy pun rasa mcm ni jugak 🥺🥺🥺

2y ago

Hm sedih kan sampai bila kita mengadu apa apa pun suami ignore je tak pandai pun nak bagi kata semangat apa apa