sekadar nak meluah

saya dalam proses nak naik bicara lafaz talak pada 14hb ni , saya yang bukak fail cerai tu sendiri . umur saya 21 anak duaorang , sulung baru setahun lima dan nombo dua tiga bulan . kenapa saya bukak fail cerai ? sebab tiga tahun saya hadap benda yang sama ibu ibu . suami saya suka berkasar suka memaki hamun panas baran , lepastu perkara yang lagi menyakitkan , dia suka stalk perempuan tengok badan diorang , sebabtu saya buat keputusan untuk fail kan cerai 😌. patutka untuk berbincang demi anak anak dan bagi peluang lagi ye ibu ibu ? sebab saya takut kalau saya bagi peluang dia siakan macamtu je . sebab selamani saya banyak maafkan dan bagi dia peluang tapi dia tetap buat benda sama . nak kata sayang ? sapa taksayang suami sendiri kan , tapi saya dah takbole nak hidup lagi dengan orang yang takpernah berubah ☺️ . betulke keputusan saya untuk bercerai ni ye

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Macam saya, anak baru sorg. Tahun lepas pun saya ada failkan aduan ke mahkamah rendah syariah tapi tu lah hasilnya tak memihak pada saya, lagi satu anak saya masih kecil saya baru je habis berpantang. Saya terlalu stress sgt dari awl mengandung sehingga habis berpantang sehingga ada simptom meroyan. Anak pun ada dpt kesan dari stress saya. Suami janji dgn minta peluang terakhir konon nak buktikan diri dia berubah. Tapi percaya lah, org baran takkan mudah nak berubah. Dan tak semestinya baran tak kan naik kaki tgn. Saya bukan nak menakutkan awk cuma mmg tu realiti yg berlaku. Bagi saya jika awk dah cuba yg terbaik dah fikir baik buruk keputusan awk, awk fail kan aduan ke mahkamah, kumpul segala bukti dan banyak kan berdoa semoga pihak awk menang. Cari kerja tetap, ambil hak anak2 awk di bawah jagaan awk. Penting utk emosi dan perkembangan anak2 awk nt. Awk pun cuba dptkan kaunseling kat pakar psikiatri. Bahagian ni bukan utk org tak sihat mental sahaja. Utk org stress tekanan pun boleh dapat kan rawatan. Awk dptkan rawatan, fikirkan anak2. Anak2 lagi penting. Kuatkan semangat ye, ibu 🖤

Baca lagi