BILA WAKTU SESUAI KE KLINIK SETELAH TAHU PREGNANT?

Hi, saya dah lewat period 3 hari. Saya dah test upt dan ia positif. Jadi, bila ya waktu sesuai untuk saya ke klinik untuk double confirm? kena tunggu 7 weeks ke atas ke atau boleh je sekarang? Harap boleh membantu, saya first pregnancy.

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Jika awak gol. berisiko hamil, silakan jumpa doc untuk pengesahan awal kehamilan. pengalaman sy, sy ada spotting dan gol. ibu hamil berisiko, saya wasap je klinik swasta dulu samada klinik blh terima ke kes sy untuk pengesahan awal kehamilan. masa sy buat upt sendiri tu guna strip test je. Tak reti kira berapa minggu kandungan. Doc tlg kirakan, doc scan Alhamdulillah, doc sahkan saya hamil 4w masa tu dan nasihatkan sy buka buku pink segera sbb sy berisiko (advanced age maternity). Call n wasap KK, KK minta dtg esok untuk daftar buku pink, urine n blood test dan scan terus. Doc KK pun sahkan sy hamil 4w. Memang bnyk manfaat jika buku pink awal untuk ibu hamil berisiko. Semuanya dipantau dr awal. ujian Minum air gula awal, kelas diet GDM pun awal dll. Banyakkan membaca ttg kehamilan, so kita tak teragak2 nk buat keputusan dlm sesuatu tindakan.. Allah membantu, InsyaAllah

Baca lagi
2y ago

@Siti Maizatul. Klu tumpah darah semasa hamil dan hamil jarak dekat , saya x pasti . Boleh call klinik dulu tanya ya.