Ibu Bapa dan Anak
Saya cerita ni sekadar luahan perasaan. Atau kalau ada yang sama boleh share bagaimana mengendalikan perasaan. Anak saya dah nak masuk 3 tahun dan mmg saya rasa sekadar adalah fasa yang menguji saya. Sy pernah meroyan sampai anak sy 1 tahun. Sampai ada rasa nak bunuh diri dan anak-anak. Tp sekarang saya kesal dan sy taktahu adakah anak sy menguji sy pada usia 3 tahun itu disebabkan kata-kata sy atau mmg fasa dia begitu. Anak saya seorang yang tersangat cerdik dan senang menerima arahan. Setakat ini sy boleh terima perangai anak saya, sbb dia budak…Dan die sangat mudah dikawal bila ddk bersama saya dan suami. Tapi apabila dia ke rumah nenek dan atoknya, perangainya lain. Tersangatlah menguji kesabaran. Anak saya bila sy ambil dia untuk uruskan die bermain dengannya, dia menangis seperti sy ni dera dia. Sy peluk, sy pujuk tapi dia masih nangis begitu…sampai kadang tu mak sy (nenek dia) dan makcik-makcik tegur marah saya seperti sy ni tak pandai untuk jaga anak. Hati sy sensitif sgt… Apa perlu sy buat dah anak sy menangis je bila dkt rumah nenek atoknya. Die nak nenek atok die sahaja yang menguruskannya. Tp kdg kala mereka penat, sy ambil dan uruskan tp end up anak sy menangis dan mereka kata “baru suruh pegang anak sekejap dah menangis dia…eee” Allah, pdahal sy tak buat apa pun lg. Kemudian bila sy jaga anak, ada saja tak kena, itulah inilah. 24 jam ada je salah sy. Stress betul sy. Sy mmg terasa bila org comment pasal sy uruskan anak sy, sy ada cara tersendiri dan sy manusia biasa juga. Ada ke tips macam mana nak mengendalikan anak 3 tahun dengan sabar dan tenang?