sekadar meluah .
Hari ni da 37 minggu 1 hari , sy pula ada gdm so maybe akan bersalin awal walaupun duedate sy 07/10 . yang membimbangkan sekarang ni soal pantang , sy mmg da takde mak tapi abah ada lagi so sy ingat nak berpantang kat rumah abah je ada kakak sy boleh jaga dan ada akak kepada ayah sy untuk jaga sy juga plus urut dan jaga baby jadi sy tak perlu pening untuk upah tukang urut / CL sebab makcik sy mmg ada pengalaman jaga orang pantang dan dia mmg tukang urut . masalah suami nak sy pantang rumah mil ( mak dia ) . alasan takut sy tak selesa kat rumah abah sy , tapi sy rasa lagi ta selesa kalau sy pantang dengan mak dia sebab belum apa - apa lagi semua mak dia nak atur kan itu ini dr diri sy sampai ke anak sampai keadaan bilik siap suruh alih itu ini sebab dia nak sy letak katil baby ikut selera dia dan pasal makan ta payah cakap la macam - macam dia da plan nak bagi sy makan termasuk la jamu itu ini . lagi 1 kat rumah mil suasana jarang sunyi sebab adik beradik suami jenis naik motor bila pagi nak pergi kerja bila dorang panas enjin tu mmg bising bunyi ekzos , bila dorang bercakap sesama dorang pun macam jauh berbatu , belum masuk ipar perempuan yang kalau datang asyik la pegang perut sy lepastu siap cakap ta sabar nak gomol nak colek anak sy . da berapa hari ni mmg tertekan rasa , rasa lepas bersalin tu nak order grab sendiri terus balik rumah abah . suami takde la marah / paksa tapi cara dia macam dia nak sy ada depan mata dia . doc da pesan pada suami jaga emosi sy sebab sy ada MDD dengan AD . mmg on ubat setiap hari tapi entah dia macam ta faham ke buat ta faham ke macam mana . da berapa hari ni sy asyik menangis sebab pk kan pasal pantang ni nanti , dekat sini mmg takde yang support sy semua seolah sy ni tukang mengandung / beranak tapi bukan anak sy . #firstbaby #firstmom
Preggers