BAYI SAYA LAHIR PRA MATANG
Saya baru sahaja melahirkan bayi pra matang berumur 18 minggu. Berat 255 gram. Di Hospital Keningau, Sabah. Itu merupakan anak pertama saya. Saya tiada pengalaman lagi. Pada 8 hb disember 2019, saya mula rasa sakit sangat di keliling pinggang hingga ke rahim. Sakit sangat sehingga saya tidak dapat tidur semalaman. Cuba tanya kawan, dia cakap itu perkara biasa semasa mengandung terutama anak pertama. Saya bertahan dan positifkan diri. Pada 9hb Disember, saya berjumpa dengan doktor pakar O&G untuk review fibroid saya. Saya mengadu kepada doktor tersebut mengenai sakit yang saya alami tetapi doktor pun memberi respon yang sama bahawa itu adalah normal untuk wanita sedang mengandung. Cuti MC saya tidak lulus. Malamnya sakit saya bertambah, dan memaksa saya untuk ke klinik swasta memohon MC dua hari. 10 hb sakit masih sangat. Tapi saya masih fikir positif bahawa itu perkara biasa dan saya sanggup bertahan demi bayi kesayangan. Akhirnya pagi 11 hb, sy bleeding. Suami terus membawa saya ke jabatan kecemasan Hospital besar Keningau. Para staff terus membantu setibanya di bahagian kecemasan. Doktor di bahagian kecemasan terus cek bleeding dan cek bukaan sudah 1 cm. Bayi discan dan masih bergerak dan jantung masih berdegup. Akhirnya saya diberi ubat penahan sakit 2 biji. Selepas makan, saya dihantar ke bahagian PAC. Bleeding semakin bertambah, apatah lagi sakit contraction. Doktor scan bayi masih sihat dan jantung masih berdegup. Tapi bukaan sudah mencecah 2 cm. Saya minta sangat kepada doktor untuk bantu saya andainya bayi saya boleh diselamatkan. Doktor cakap saya perlu ditahan di wad untuk pemantauan. Sekiranya perlu, rahim akan diikat untuk dikuatkan. Saya terima demi menyelamatkan bayi saya. Setelah beberapa jam menahan sakit contraction, akhirnya bayi keluar pada jam 5 lebih petang dalam keadaan yang cukup sifat. Bayi bergerak2 seperti minta dibelai. Saya masih kesakitan dan terkejut. Kerana saya tidak harapkan bayi lahir sebegitu awal. Suami saya menyambut bayi tersebut dengan tangisan. Itu zuriat pertama selepas 4 tahun lebih menanti. Suami cakap bayi mengenggam2 jarinya. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Sangat cukup sifat. Suami terus memanggil nurse. Doktor dan nurse terus datang membantu. Saya masih menahan kesakitan dan para staff membantu membersihkan dalaman rahim saya sekiranya. Suami diminta berada di luar. Kerana kesakitan, saya tidak teringat mengenai bayi. Kali terakhir saya rasa pergerakan dia di peha saya ialah semasa suami keluar memanggil staff hospital meminta bantuan. Setelah doktor selesai, nurse bertanya saya sekiranya saya ingin melihat bayi saya. Ibu mana yang tidak mahu melihat bayinya. Tetapi bayi sudah tidak bergerak. Dan nurse meletakkan bayi dalam bekas sesuai. Bersama tembuni bayi dan tali pusat telah dipotong. Saya hanya mampu membelai bayi saya yang sudah cukup sifat tetapi sudah tidak bernyawa dengan tangisan yang paling hancur dalam hati. Akhirnya keluarga datang melawat. Suami bersama ahli keluarga lain dan beberapa orang kampung menguruskan arwah bayi perempuan saya yang tidak berdosa di tanah perkuburan kampung. Diterangi bulan yang terang dan cuaca yang cerah. Dia sudah kembali kepada Tuhan maha pencipta. Saya discaj dari hospital dan mendapat cuti MC sebanyak seminggu. Semoga cukup untuk saya pulih sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk memulakan semula tugas hakiki saya. Saya dan suami yang berduka sentiasa berdoa semoga dia bahagia di SANA dan semoga semua yang kami lalui ini ada hikmahnya. Masih terlalu segar dalam fikiran seorang ibu yang sedih mengenai kisah yang baru berlaku itu. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus membantu dengan ikhlas. Tuhan saja yang akan membalas jasa semua.