BAYI SAYA LAHIR PRA MATANG

Saya baru sahaja melahirkan bayi pra matang berumur 18 minggu. Berat 255 gram. Di Hospital Keningau, Sabah. Itu merupakan anak pertama saya. Saya tiada pengalaman lagi. Pada 8 hb disember 2019, saya mula rasa sakit sangat di keliling pinggang hingga ke rahim. Sakit sangat sehingga saya tidak dapat tidur semalaman. Cuba tanya kawan, dia cakap itu perkara biasa semasa mengandung terutama anak pertama. Saya bertahan dan positifkan diri. Pada 9hb Disember, saya berjumpa dengan doktor pakar O&G untuk review fibroid saya. Saya mengadu kepada doktor tersebut mengenai sakit yang saya alami tetapi doktor pun memberi respon yang sama bahawa itu adalah normal untuk wanita sedang mengandung. Cuti MC saya tidak lulus. Malamnya sakit saya bertambah, dan memaksa saya untuk ke klinik swasta memohon MC dua hari. 10 hb sakit masih sangat. Tapi saya masih fikir positif bahawa itu perkara biasa dan saya sanggup bertahan demi bayi kesayangan. Akhirnya pagi 11 hb, sy bleeding. Suami terus membawa saya ke jabatan kecemasan Hospital besar Keningau. Para staff terus membantu setibanya di bahagian kecemasan. Doktor di bahagian kecemasan terus cek bleeding dan cek bukaan sudah 1 cm. Bayi discan dan masih bergerak dan jantung masih berdegup. Akhirnya saya diberi ubat penahan sakit 2 biji. Selepas makan, saya dihantar ke bahagian PAC. Bleeding semakin bertambah, apatah lagi sakit contraction. Doktor scan bayi masih sihat dan jantung masih berdegup. Tapi bukaan sudah mencecah 2 cm. Saya minta sangat kepada doktor untuk bantu saya andainya bayi saya boleh diselamatkan. Doktor cakap saya perlu ditahan di wad untuk pemantauan. Sekiranya perlu, rahim akan diikat untuk dikuatkan. Saya terima demi menyelamatkan bayi saya. Setelah beberapa jam menahan sakit contraction, akhirnya bayi keluar pada jam 5 lebih petang dalam keadaan yang cukup sifat. Bayi bergerak2 seperti minta dibelai. Saya masih kesakitan dan terkejut. Kerana saya tidak harapkan bayi lahir sebegitu awal. Suami saya menyambut bayi tersebut dengan tangisan. Itu zuriat pertama selepas 4 tahun lebih menanti. Suami cakap bayi mengenggam2 jarinya. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Sangat cukup sifat. Suami terus memanggil nurse. Doktor dan nurse terus datang membantu. Saya masih menahan kesakitan dan para staff membantu membersihkan dalaman rahim saya sekiranya. Suami diminta berada di luar. Kerana kesakitan, saya tidak teringat mengenai bayi. Kali terakhir saya rasa pergerakan dia di peha saya ialah semasa suami keluar memanggil staff hospital meminta bantuan. Setelah doktor selesai, nurse bertanya saya sekiranya saya ingin melihat bayi saya. Ibu mana yang tidak mahu melihat bayinya. Tetapi bayi sudah tidak bergerak. Dan nurse meletakkan bayi dalam bekas sesuai. Bersama tembuni bayi dan tali pusat telah dipotong. Saya hanya mampu membelai bayi saya yang sudah cukup sifat tetapi sudah tidak bernyawa dengan tangisan yang paling hancur dalam hati. Akhirnya keluarga datang melawat. Suami bersama ahli keluarga lain dan beberapa orang kampung menguruskan arwah bayi perempuan saya yang tidak berdosa di tanah perkuburan kampung. Diterangi bulan yang terang dan cuaca yang cerah. Dia sudah kembali kepada Tuhan maha pencipta. Saya discaj dari hospital dan mendapat cuti MC sebanyak seminggu. Semoga cukup untuk saya pulih sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk memulakan semula tugas hakiki saya. Saya dan suami yang berduka sentiasa berdoa semoga dia bahagia di SANA dan semoga semua yang kami lalui ini ada hikmahnya. Masih terlalu segar dalam fikiran seorang ibu yang sedih mengenai kisah yang baru berlaku itu. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus membantu dengan ikhlas. Tuhan saja yang akan membalas jasa semua.

76 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam takziah.. bertabahla sis.. ada hikmah.. mungkin Allah nk dia tnggu sis kat pintu syurga nnt.. beruntungnya sis dpt anak yg bole tarik sis ke syurga kelak.. sis kene kuat yakin dpt jumpa dia kat sana nnt.. InShaAllah ade rezeki baby utk sis pd masa akan dtg.. Semoga Allah sentiasa lindungi sis sekeluarga.. yakin dgn janji Allah ya

Baca lagi

Al Fatihah buat Sis & Suami... Saya pun pernah mengalami pengalaman Anak Pertama macam sis... Bersalin 25minggu Anak Kembar boy (510g) & girl (500g).Hanya Allah yg tahu sedihnya siang malam terjaga tgk Xda baby.. susu bengkak lagi X Ada baby yg menyusu.. sampai skrg masih segar ingatan melahirkan c Kembar..

Baca lagi

Takziah buat dirimu sekeluarga... 😢😢😢 semoga kuat & tabah menghadapinya, anggap ini semua dugaan & ada hikmah disebaliknya. In sha allah diberi rezeki zuriat lagi...jangan risau 😇 fikir positif...kena pantang makan minum, jangan terlampau fikirkan sangat ya

Salam takziah sis 😔 .. 🤲🏻 Semoga sis dan suami dikuatkan semangat kembali dan semoga ada rezeki seterusnya akan datang untuk sis dan suami .. Anak syurga .. Semoga Allah titipkan yang baik-baik untuk sis lalui kehidupan seterusnya, Allahumma Aamiin ❤️ ..

Allahu. takziah sis. InShaaAllah anak tu nnt boleh bg syafaat kat ibu bapanya utk ke syurga bersama2. pendeknya cuti. biase org keguguran pon dpt mc 2 mggu. berpantang baik2 ya... sibukkan diri supaya x teringat sgt. May Allah always be with you and your family.

Salam takziah sis.. Smoga kuat dan redha.. Stiap apa yg blaku pasti ada hikmahnya.. Pikir yg baik2..alhamdulillah anak syurga sis... Yg pntg skrg kna jaga kshatan dri, emosi dan pnjaagan dalaman yg btul smoga kmbali pulih dan dpmudahkn utk mdapat zuriat lg. Aamiin

VIP Member

Innalillahiwainnalillahirajiun... takziah sis...😔Ank syurga sis akn tggu sis d syurga...... mg sis kuat.. dan slmt brpantang sis... Mg sis ada rzki yg lain selepas ini..aamiin... Mg sis dan husben kuat... aamiin..jg dri ea..with the big hug❤

Salam takziah saya pernah merasa hal yang sama tak apa anak syurga puan ada di atas sana menanti puan bertabah lah akan ada rezeki lagi penantian sy sendiri 3 thn lebih gugur 2 kali pertama tak tau pregnant kedua dlm usia kandungan 6 bln ....

Salam takziah... Saya harap awak kuat ye.... Walaupun ni cuma kata2 yg belum tentu dapat balut luka di hati awk tu.... Semoga awk tidak bputus asa slepas ni.... Pantang elok2. Moga dikurniakan rezeki lagi selepas ini dgn lebih baik.... 🤲

Innalillahi wainnaillahi ra'jion. Semoga ada keberkatan dan kekuatan yg Allah berikan kepada sia dan keluarga. Jaga diri dan kuatkan semangat. In sya Allah, pasti Allah akan berikan lagi rezeki anak pada masa akan datang. Aamiin