Silent profile icon
PlatinumPlatinum

Silent, Malaysia

Kontributor

About Silent

2020 ?‍?

My Orders
Posts(13)
Replies(79)
Articles(0)

Pengalaman dua kali cyst muncul

Cyst? Doc sahkan sy ada cyst di ovari kanan selepas sy gugur pada bulan 4/19... sejak tu, sy rajin search makanan yang perlu dielakkan supaya tidak mengaktifkan cyst dan jugak makanan yg boleh mengecutkan cyst.. Apa yg sy buat? sy buat satu list makanan2 ni untuk ingatkan diri sy jenis makanan yg mana yg boleh dimakan dan yg tak boleh dimakan, sy tampal list makanan tu dekat pintu almari baju supaya makanan tu tak terhidang depan mata secara tak sengaja ? kadang2 terlepas makan jugak fast food, kuih2 manis semua tu.. yela kan, makanan depan mata, siapa yg tak terliur,. ? sy bukan jenis yg makan vitamin2, atau jamu2 untuk kecutkan cyst, sy tiada keberanian nak cuba semua tu sbb sy takut penyakit lain pulak yg datang.. so sy cube melalui pemakanan jela.. Bulan 10/19, sy disahkan mengandung sekali lagi, Alhamdulillah syukur... masa scan 8w.. doc check ovari sebelah kanan sy dah tiada cyst... sy bersyukur sangat time tu walaupun sy tak sentuh vitamin atau jamu atau apa2 bahan yg mengecutkan cyst tapi cyst boleh kecut sendiri.. TETAPI doc sahkan sy ade cyst di ovari belah kiri pulak... Allah, bermulalah kerisauan sy sbb cyst kali ni lebih besar drpd yg sebelum ni.. dulu sy kurang risau sbb cyst muncul bila kandungan dh gugur.. tapi kali ni cyst muncul bersama dengan kandungan sy.. Sy tanya doc di hospital dan juga doc di klinik sama ada mereka mempunyai ubat untuk kecilkan cyst.. jawapannya tetap sama, mereka cuma akan pantau jika cyst tu bawah 5cm.. so, appointment doc pakar disetkan 2 bulan selepas tu untuk pantau cyst .. maka bermulalah kita berpantang makan semula, sy elakkan makanan yg mengaktifkan cyst , walaupun itu mknn fav sy ? .. ikan keli, ikan haruan, kentang goreng, tambah2 lagi bende yg berasaskan soya.. mmg sy tak sentuh langsung.. ada jugak makhluk2 Allah yg paksa sy minum soya jugak, tapi sy tetap tolak.. even kalau sy terangkan dekat mereka ni, bukan mereka faham, tak kena dekat batang hidung sndri.. 2 minggu lepas sy jumpa doc pakar.. doc scan ovari kanan dan kiri saya, kosong... langsung tiada cyst... dua dua ovari kosong.. Alhamdulillah sy bersyukur sgt, rasa time tu jugak nak buat sujud syukur.. tapi situasi tidak mengizinkan..? kalau orang tanya sy tentang tips atau supplemen apa yg sy ambil untuk kecutkan cyst.. terus terang sy cakap, sy tak sentuh apa2 supplemen pun.. kuasa Allah pemakanan sy menjadi asbab hilangnya cyst tu.. sy cuma berharap itulah cyst yg terakhir muncul ... sy doakan ibu2 atau kakak2 yg disahkan ada cyst, sy doakan semuanya dipermudahkan untuk kalian, semoga cyst mengecut dengan jayanya...

Read more
 profile icon
Write a reply