Nak tanya.

Saya baru pregnant 6w . Dah mula start alahan mual mual . Nasi , ayam ikan takleh nk telan. Tapi sy bebtul teringin nk mkn kulit asam limau tu . Boleh ke ? Ni first pregnancy sy . Mommy2 pun bole tak share masa fasa alahan ni bole mkn apa.untuk kurangkan rasa mual .

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya dulu alahan teruk...doktor cakap sebab asid reflux masa mengandung mmg tinggi...hormon.. so jaga pemakanan mcm org gastrik... -takle makan pedas -berminyak -banyak pewarna Dan perasa -caffein (max secawan sahaja sehari) saya sampai tahap muntah darah jadi normal... tp lepas practice kat atas ni,saya tak muntah2 dah . so apa saya buat makan sikit2 tapi kerap...banyakkan makan buah...kalau muntah paksa minum air kosong lepas tu,supaya tak dehydrated. nak makan apa2 ngidam,makan je semua ..tapi buat rasa je,mmg x banyak...

Baca lagi