Buat jadual makan. Nak tak nak waktu tu kena makan apa apa. Kalau nak lagi tersusun, boleh terus rancang nak makan apa.
Saya buat macam ni,
6 pagi makan vitamin
7@8 pagi sarapan berat (suku-suku-separuh)
9@10 pagi makan buah
12 tengahari makan tengahari
(suku-suku-separuh)
2 petang makan buah lagi
4 petang makan buah lagi dan lagi
6 petang makan malam berat
(suku-suku-separuh)
8@9 malam makan buah/minum susu.
Macam makan berat tu, boleh makan apa apa yang kurang perasa, tak pedas. Macam bubur kosong letak carrot atau ikan bilis je ke. Atau roti wholemeal sapu peanut butter ke, jem ke. Atau nasi sikit, ayam rebus/panggang kosong dengan sayur yang hijauuu.
Kena bayangkan kalau tak makan, kita sakit, baby pun sakit. Na'uzubillahi min dzalik.
Semoga berjaya awak!
Baca lagi
First baby in my tummy