tertekan!!!!!!!!

Saya baru bersalin sebulan lebih..Entahlah saya sangat stress.. Berpantang di rumah parents tapi balik2 mak saya ckp saya xpandai jaga anak la xpandai piara anak la xpandai bg susu anak la xpandai bg anak diam dari nangis la semua la saya nie xpandai mak saya ckp siap marah la ntah apa2 ayat yg keluar la ckp langgar pantang la sbb tu anak kuat nangis la kuat bertebiat la mcm2..saya baru bersalin anak pertama..ada ka sini anak pertama terus tahu serba serbi terus bijak urus anak bijak segala hal?? saya paling tekanan klu anak saya nangis mesti saya kena marah n saya kdg saya marah balik baby saya suruh diam pdhal baby xtau apa pun..rasa berdosa sgt☹️😢

75 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

1. org tua yg mrh2 kita cakap kita tak reti itu tak reti buat ini..Sbnrnya drg penat nk hadap " keletihan yg drg dh lalui" sb nk hadap kita, dia stress teringat zmn kita kecik2 dulu dh myusahkn dia. Dan mak/MIL ni blame awak sb dulu dia pn kna mcmtu dgn mentua dia @ parents dia. Mana tumpah kuah klu bkn ke nasi. Its a cycle of trauma drg xblh deal & mental abuse..sb tu drg bila dh ada pglmn drg blame awak sb xde pglmn. Kdg2 mak snd @ MIL ni-x sedar diri jg. drg lupa drg dulu pun zero jugak mse lahirkn anak 1st. Bila dia hadap situasi yg memenatkan dia, hari2 @ mlm2 dia dgr bby mnangis, dia auto rimas sbnrnya.. sb "dia kena susahkn diri dia" utk jaga baby tu, reda kn tangisn baby tu, (org mrh2 ni biasanya dia rse penat dan rs x adil) sb tu dia rs dia yg ttekan,bila dgr tangisan baby awak, sb dia tahu awak 1st mom. x taw apa2..Jadi dia yg akan rse pnt kena jaga awak ..kena jaga baby awak. Jadi dia lepas stress/annoying/mrh tu kt awak ( sb nk maki pukul awak xblh- perli2 je la dia mampu sb dia tgh tension. Kalau org marah2 ni biasanya drg penat mls nk hadap bnd tu ulang2, sb tu drgi tengking sindir2 bila mgajar, mbebel dkt kita kononnya sb xdgr ckp la sb langgar pntg.masa drg pntg dulu, drg dh terkena dgn nenek2 yg maki drg dulu. Jd perangai tu mnurun. Tu yg sekarabg awak yg kena tempias 2. Solution. Trust your instinct. Kita born to be mom. just need guidance je. Kurang ilmu sb mmg xpnh ada anak, xpnh jd mak. semua 1st time. TANYA. itu benda awak x tahu tanya jangan pendam sb kita tak tahu, kita tny. (mmg hati nk marah sb kita kdg2 tny elok2 tiber kena tengking) pntg utk newmom TANYA. tny kwn2 tdekat yg dah mommy..Tanya kak senior2, ipar, atau org yg kita nmpk ada anak. Tanya dia mcmna dia handle. Apa cara terbaik. Next BELAJAR cara betul. cth anak xdpt nk susu. cara dia hisap kejap tekap x betul, kejap tarik2. kalau sempat tgk video2 youtube mse bjaga mlm susukan anak, tgk cara baby lekap susu. kdg2 puting kita kecil, kdg2 puting susu kita besar atau senget sblh sb pyusuan anak. Jd byk punca pyusuan gagal mlekap dgn betul. (kalau myusu anak-cuba tutup pintu bilik bg privasi ekslusif awak dgn anak spy awak x stress meghadap muka mak/MIL yg sikit2 nk presure awak dgn kondem tgk betul ke x cara pyusuan cara awak susukan anak) kita perlu privasi kita-anak. bonding..Kdg2 posisi duduk x rapat, x letak bantal dkt blkg. kerusi sofa single menyusu penting utk newmom selesakan diri. CARI BANTAL U utk nursing sgt membantu tinggikan posisi tgn spy x penat menyandar/tinggikan kedudukn anak myusu. Belajar dkt tgk youtube/tny kakak @ipar yg ada anak. BELAJAR & TENGOK TEKNIK2 penyusuan posisi anak msa myusu, myusu smbl baring ke, menyusu smbl duduk ke, menyusu smbl mengiring ke..SEARCH tanda2 angin. 3.KENAL PASTI anak nangis sb kembung perut colic, sb lapar (sis susu badan kita beza dgn formula) kita tak mampu hasilkan 150ml setiap masa setiap 2jam susu bdn. baby cara komunikasi dgn mak mmg MENANGIS. lain kali mak tny knp anak tu nangis...ckp je. Abis tu tak kan baby tu nak ketawa @ bckp pula. Baby kan..cara dia komunikasi bgtw dia lapar, dia letih, dia sakit perut kembung, dia mgantuk = semua dgn nangis. Xdenya baby bgtw mak dgn bckp "mak saya lapar nak susu".. so next time kena tegur ckp je. bukan melawan tp RESPON. Kdg2 org tua ni tgk kita diam bodo je, drg ingt kita ni mcm loser. jd kita kena cakap. (bukan marah2) tp counter dgn berakal. Mentua sy pn jenis kejap2 tny knp anak nangis tu, semua bnd dia persoal. kita kena respon selamba,jawab dgn ton nada yg mendatar.. tp tanpa riak muka menyampah/riak nak myenangkan hati ( mcm nk membodek sgt) nt awak yg presure. Kalau kena tny knp nangis. cakap BIASALA BABY. mmg nangis la. takkan ketawa. Lps tu ckp xpe nt angkat, tepuk2 blkg, tukar pampers, urut2 kaki perut, bg susu, BABY TU PANDAI DIAM snd. Baby nangis ni byk sebab. YANG PASTI AWAK BUKAN IBU GAGAL. AWAK CUBA TERBAIK MUNGKIN spy anak awak bertenang, x sakit..mental awak kena KUAT. Kita ckp dkt diri anak kita fragile xblh berdiri, x mampu makan snd, anak aku nk mgiring pun x mampu, nak duduk pn boleh lgsg, nak buat semua snd x mampu. AKU MAK anak aku, dia perlukan aku utk angkat dia bila dia sakit spjg hari (baring 1 hari)kaki anak kita dh kebas, perut meragam sb udara/angin masuk (setiap kali nangis) susu bdn kita pula cepat hadam, susu kkta cukup dh utk dia, sb perut baby pn kecil je.Baby nangis sb perut dia kembung, kita x blh nak tlg. kita 1st mom xtaw sakit dia mcmna..Kita cuma mampu redakan dgn cara tepuk blkg bg angin burp keluar. Kdg2 x burp2 pula..sb perut masuk angin atau ssu x cukup. Meaning baby mgkn lapar lg. So awak keep continue try and errot cari punca. Tgk pampers ada najis x, tgk ada basah ke bocor, ada kesan melecet sb pampers pakai kat punggung ke, Sentuh perlahan2 perut tgk perut ada keras x..kalau keras tak lembut. Tenangkan anak angkat pujuk..lps tu BELAJAR TEKNIK urutan redakan kembung baby *urut I-L(terbalik)-U* urut tapak kaki, Kdg2 baby lemas,rimas baring. Baby nk stay dlm pelukan ibu. CUBA ANGGAP-mcmna selesanya kita dipeluk oleh suami, dipeluk bila tidur. Rasa selesa tu, kita blh phm knp anak kita nk dipeluk..sebab baby nk keselesaan pelukan mommy. SUSU IBU mmg terbaik. tapi jujur sy lalui 2 org anak. 1st susu bdn smpi 3thn ye. 2nd baby baru 2bln. Sy cmpr susu bdn dan formula. FAHAM kn diri kita. SUSU formula x salah. kita bukan ibu gagal kalau bg susu formula. Malah mlegakan awak, bila awak stress sb susu kurang. anak lebih kenyang. BYK KN MEMBACA kebaikan, kburukan. Tapi pilihan awak tetap yg terbaik sb awak pilih utk diri awak, awak utama kan diri dan UTAMAKAN anak sb anak perlu kenyang utk x meragam. 4.Belajar BAHAGI TUGAS dgn husband. Mnt husband dtg tgk kita. Tgk kita susukan anak, BAGI TAHU kalau sakit2 badan. Jujur je.Nak mnangis Jujur je dgn husband sb dia je kenal kita luar dlm. Kalau dpt husband mmhami, alhmdlh. Mnt dia tlg kita tukar pampers, mnt dia tlg urut blkg, urut susu bdn, sediakan mknn. Kalau xdpt smua ni, AWAK TETAP IBU HEBAT. sb awak blh buat semua snd. 5.PASAL MAKANAN PANTANG. dia ckp langgar pantang ke, bukan MIL @ mak kamu yg bg susu badan dkt baby. Yg bagi zat tenaga tu kamu. Kamu elak mkn blackpepper, makan halia,jamu dh settle. Yg lain tu ikut badan kita. Anggap ja, klau awak mkn kobis..tiba2 awak rs kembung nk buang angin byk. Tersalah mkn, itu kan pljrn..nxt time awak taw dh ok aku xblh mkn sayur ni. TRY & ERROR. JANGAN TAKUT MAKE MISTAKE. LEARN FROM IT. Jgn pernah menyesal. Tapi belajar. keep belajar. spy kita blh elak mana makanan yg blh buat anak kita kembung@ alergi. Kalau kita x slh mkn, kita smpi bila2 x taw anak kita ada alergi/kembung. Xde istilah langgar pantang🙄 kita jaga diri snd. Kita TAHU BADAN KITA , kekuatan kita mcmna. Jangan DOWN sb dicemuh, dituduh itu ini. Bukan MIL/mak awak yg setiap mlm berjaga susukan anak, bjaga setiap 2jam, mana subuh2 awak lapar nk mkn sb byk sgt guna tenaga, xcumup tidur.. mana awak nk pg kencing pn huru hara, bila anak letak sikit nangis, Nak mndi pn kdg2 lambat sb bdn sndiri tak terurus gendong anak. 6. LISTEN TO YOUR BODY. Kalau sakit2 lenguh bahu, means awak dh overwork body. SEDIA KAN MINYAK ANGIN, SALONPLUS koyok nk tampal kat bhgn lengan, blkg, bahu..Sakit blkg sb myusu, sb x menyandar dgn baik, sb x duduk dgn betul. CARI POSISI SELESA. Awak nk susu kn anak duduk dkt sofa (letak bantal blkg bdn, letak bantal support siku/tinggikan sikit spy anak blh capai susu bdn awak, awak nak tidur mgiring smbl susu kn anak..ikut selesa awak. ALERT tertidur. Kena pisah kn anak kjap, letak dulu dkt katil/baby cot. Take 5. minum air, buat regangan. Ada kerusi urut lg bgs. tgh pump susu, blh duduk dkt kerusi urut. xde kmudahan tu. PANGGIL SUAMI urut blkg. (masa sakit tu nk mgadu awak nk mngis let go je) jgn simpan2 suami & awak je lalui semua journey tu. 7. SILA STAY DI RUMAH SENDIRI. spy x rasa TERTEKAN di arah2 atau di marah2 oleh sesiapa. Terima hakikat kita tumpang rmh parent ke /MIL jaga utk bpantang "KITA MENYUSAHKAN" sb drg kena jaga mkn minum kita, jaga anak kita, jaga diri kita, KITA TAK BAYAR 1SEN pada mereka, MEREKA TAK DAPAT DUIT jaga kita tp drg dibebani dgn tgjwb mjaga kita dgn PERCUMA. sb kita yg xblh handle smua skaligus. perit nak hadam tp itu hakikat.Jadi peganglah moto "JANGAN MYUSAHKAN SESIAPA" selagi blh buat smua snd, buat snd-Yg pntg kita bljr plahan2 ape tu PARENTHOOD. kalau kita xblh susukan bdn,kita xblh bg anak kita snyp sb ngs atau xnak tido.. kita cakap xboleh handle.So kita mnt tlg dgn husband tlg take over bukan sb malas tapi ENERGI KITA DAH XBLH GO dh habis berjam2 utk keselesaan anak. So ITS OK kalau awak rs down, rs marah, rasa penat nak gile, rasa tertekan, YOUR FEELING IS VALID ...! kalau kita x pandai kita ckp x pndi TAPI KITA NAK BELAJAR.😘 i cannot say sabar la sis, kuat kn smgt since i'm also have 2son yg bongsu 2bln..marilah BERJUANG. kita MEMANG PENAT walaupn kita PEJUANG sejati dlm rmhtga.. what u need is TO SPEAK for yourself. TODAY you did GREAT sb u mluah😘😘😘

Baca lagi
2y ago

sy suka penerangan sis, ank 1st sy mmg xtau nk jga mcm mna.. tp kalau lapar ke, sy pendam. sbb sy tumpang pantang rumah mil. klau bab bby, bby xmandi ke sy pendam je. amek tuala basah, basah kn je bdn bby. sbb dr bilik nak ke toilet jauh, nak kene naik tangga pergi ke dapur. ada 1hari, nk tukar pampers bby sbb berak, menangis mcm kne dera. sy dituduh sapu myk kne mata bby. asbab dia ngs sbb terkejut je sbb tgh lena tidur, kene kejut tukar pampers. utk yg 2nd bby coming soon ni.. niat mmg nak pantang sndiri. tp pkir suami kje mlm. tpksa tumpang lg skali rumah mil. rumah mak sndri mmg ayh dh pesan siap2. xpyh pantang situ. harap utk yg 2nd ni sy boleh jga sndri, dan tumpang skejap je kt rumah mil. xnk myusahkan dia lg.

VIP Member

hugs sis. risau sis depress je. sis cool down ya. mmg bukan niat sis nak marah anak. sis pon syg bby sis. luahkan apa yg sis rasa pada husband ke org yg sis boleh percaya ok. jgn pendam ya. bawah ni suggestion sy je, sis tryla yg mana boleh: 1. sis cer try cakap sekali. mak bersalin dulu pandai serba serbi ka, klo kami ni anak 1st mmg xpandai. mak ajar je toksah bebel lama2 nnt kami stress camne. sambil gelak2 je tau sis jgn tone serius sgt. kadang org tua ni kuat bebel xsedar dia bagi org lain stress. xpon klo ada adik beradik sis dkt rumah yg sama minta diorg ckpkan. 2. bila mak bebel, sis buat pekak je. amik anak bawak masuk bilik. bukak ayat quran sambil tenangkan bby. dah ok, sis tgk la utube funny video ke dengar lagu yg boleh tenangkan sis. 3. bincangla dengan suami sis. wlopon anta anak bini balik pantang rumah parents. dtgla weekend at least jumpa ambil alih sama2 jaga anak sekali. anak 1st sy dulu camni, pantang kampung opah ngn mak jaga. opah kuat bebel juga dulu. dengan awal2 tu sy sembelit, salah satu punca sy stress. husband dtg weekend baru sy lega sikit. mmg byk luah dkt dia dkt whatsapp. 4. minta suami sis amik cuti jaga sis ngn anak. sama2 jaga. klo ada bajet lebih, upah confinement lady (CL). anak 2nd, sy buat gini. sy czer. suami amik cuti seminggu lebih. pastu, suami msuk keje, seminggu CL datang stay in. xnak CL stay in, pakej daily visit pon ada. cari yg mampu milik. lepastu, mmg sy handle bby sendiri. husband balik keje dia tlg mana boleh. anak 1st dulu pon 1minggu mil dtg uma jaga, then 2minggu sy pantang kat kampung sy. rasa dah kuat, sy balik je rumah sendiri. bagi sy la lagi rasa tenang urus sendiri. 5. banyakkan membaca atau menonton video dari lactation councellor. sbbnya diorg ni bukan ajar menyusu je. diorg bagi info cara nak handle tangisan bby etc. dekat tiktok & ig ada, dekat fb pon ada support group. dlm myasian parent app ni pon ada articles yg kita boleh baca. bukan mudah nak jadi ibubapa ni. bukan semua org terus pandai. tapi nak tak nak kena sama2 main peranan. sama2 kena banyakkan membaca juga. apa yg penting KERJASAMA! (ni tone cerita kanak2 lupa dah cite apa) 😂 sorry sis. hope buat sis senyum sikit. semoga membantu & dipermudah urusan sis menjaga bby ya.

Baca lagi
2y ago

Berpantang sendiri lebih baik dari berpantang ditempat yang penuh tekanan, saya berpantang operation anak no3 dengan mak 10hari saja sebab anak no1 dan no2 sekoalah, suami langsung tak membantu saya boleh awak pun boleh, jaga diri dan baby saja dah la, yang lain abaikan, jangan stress2

alahai..siannya..dah lah first time mommy kan. sepatutnya lepas bersalin awk kena rehat..sebaiknya, kalau mak tu ade jaga awk, dia patut tolong jagakan cucu sementara awk tgh pulih. ajarlah awk elok2..xde kene mengena lah langgar pantang bagai semua tu.saya faham perasaan awk. saya anak first anak high demand tau. kena dodoi je memanjang..letak je nangis, dgn susu guna susu tepung je. xde ilmu lgsg..saya dgn suami huru hara juga. tp mujurlah mak mertua boleh tolong jagakan baby, tp xkerap lah, sbb sejak dia jagakan baby saya masa tu yg kerap nangis, tekanan darah mak mertua mcm naik sikit. jadi suami la main peranan dodoi2 susukan anak..ya Allah strugglenya..saya pula stress sbb x berjaya susukan anak :( siang anak ok je..malam je dia punya nangis..nyaringg.. asyik terjaga je mak mertua saya. pastu mak mertua saya ckp dia haus kut..haus kut..padahal dah susukan. huhu bila ingt balik.. mmg stress..lepas saya 2 minggu dgn mak mrtua, saya balik rumah sndri.. baru rasa lebih tenang, sbb xde sape boleh judge kan kalau anak asyik nangis, n saya pun boleh fokus bf baby saya smpai berjaya. saya xtau nk suggest ape kt awk, kalau awk dah sihat, boleh balik rumah sndri..keluar duit sikit amek org jaga awk utk berpantang. awk kena jaga emosi tau, minta tolong suami amek peranan jaga anak juga.. jgn rasa susah hati kalau xdpt susukan anak.. bukan mudah sebenarnya utk first time mom. bab nangis tu, biasa..baby x pandai komunikasi tau, dia tau nangis ja, dia x pndai ckp kalau gatal2 ke haus ke, panas ke sejuk ke.. kita cuba je selesakan baby semampunya..kalau nangis juga, mmg dia kena didodoi, dibedung, dibuai, dibantu semua tu la, baby masih x leh beza alam sebenar dgn alam rahim.. amek masa utk baby nk adjust. maaf ye panjang..saya share pengalaman n susah saya masa anak first dulu. saya follow page baby language siap masuk kelas berbayar semata2 nak tackle anak high demand saya tu. kalau ade masa ,masuk dalam bilik, skin to skin dgn anak..cuba bonding cara tu. huhu semoga urusan awk dipermudahkan..semoga kesihatan awk pulih sebaiknya, supaya dpt fokus jaga baby dgn baik.. kuatkan semangat ya..jgn biarkan org sekeliling lemahkan awk.. awk kena sihat tau

Baca lagi

Sy pernh lalui stuasi awak ni thun lps bpantang ank prtama d rmh mak d kpg. Tapi jln crta kta brbeza sdikit. Mak sy x mrh2 sy x bsing2 ckp itu ini. Malah dia bnyk tlg sy urus ank sy sbb sy newmom time tu. Yg bt sy trtekan dan stress ialah bila kakak sy dan ank dia tmpang d rmh mak sy skli utk sbln smntara cri rmh sewa. Hari2 sy kna hdap bunyi bsing ank2 dia brmain d rmh. Smpai ank sy yg baru lahir x nyenyak x slesa tdo sbb bsing. Lagi anoying bila kakak sy x brtegas dgn ank2 dia spya x bt bsing. Smpaikn sy pun jd ksian dkat ank sy yg sllu tdo2 trkjut dan ngis. One day sy dh x than lagi, sy ambil kptusan utk kluar dri rmh mak sy bwa ank sy skli. Smntra tngu husband sy dtg ambik kami, sy dan kkak sy brgduh mlut. Yg plg sedih mak sy x backup sy pun msa tu sdgkn sy msih dlm pntang dan bby baru brusia sbln 😖 sakitnya hti time tu bila mak sy trlampau back up kkak sy dan ank2 nya seolah2 sy yg kna fhm stuasi kkak sy. Mak sy mcm berat sblah pilih kasih. Spatutnya mak dan kkak sy kna fhm sy bru lps brsalin dlm pntang emosi dan fizikal pun x kuat lagi. Bkn sy yg kna fhm kkak sy tu. Lgpuj ank2 dia dh bsr dbandingjn ank sy yg bru sbln. Time tu sy sdih dan kcewa sgt. Sy kol suami sy trus blk ke rmh kami dgn prsaan sdih kecewa. Sy crta kat suami sy trus dia pun ngis juga. Last2 suami ambik kptusan utk cuti tnpa gaji utk jga sy dan anak shingga habis pntang. Ksimpulannya kta xblh pcya siapa2. Even dgn mak atau ahli kluarga sndri pun akn brgduh juga.

Baca lagi

Kesiannya. Samalah kita first mom, berpantang di rumah mertua, so yang campur tangan banyak dari mertua atau ipar duai. Betullah kita memang selalu disalahkan kalau baby nangis-nangis. Dah la dengan tak cukup tidurnya berjaga malam, bila kembung salah kita pula tak pantang makan betul. Dapat suami memahami dan ringan tangan membantu takpe, ni kalau dapat suami pun pegang anak kejap-kejap je. Semua tolak orang lain. Tu yang stress. Bila anak nangis, kita bukan risau or susah hati sebab dia nangis, kita risau susah hati nanti kena marah dengan orang sekeliling sebab buat dia nangis. Padahal kita pun tak faham kenapa dia nangis. Sabarlah mama, InshaAllah disebalik kepahitan ni pasti ada manisnya nanti. Yang penting setiap hari tu bangun niat jaga anak rumah jadah semua kerana Allah. Tak ada la sia-sia jerit perih kita, ya dak? Kemudian percayakan diri tu boleh. Bila Tuhan dah pilih kita untuk jadi seorang ibu kepada anak itu, percayalah kitalah yang terbaik untuk jadi ibu dia. Bukan orang lain. Hujung hujung kita dengan dia je nanti, kita yang akan hadap dia, yang lain tahu cakap je lepastu balik rumah masing-masing. So apa-apa keputusan mintalah nasihat dari orang/sumber yang bertauliah/sahih. Apapun, sampai ke hari ini, you have done very well mama. Teruskan berjalan perlahan-lahan demi diri kita dan anak kita ya. Yes you can! InshaAllah

Baca lagi

i feel you sis. saya pun anak first ni memang niat dari awal nak pantang dgn CL je tapi mak asyik duk cakap taknak bagi dia tengok cucu jaga cucu ke? sedangkan saya taknak mak saya penat dan saya tahu perangai dan cara mak saya macam mana. saya terpaksa la cakap kat CL datang lewat sikit. minggu ke-2 lepas balik hospital, anak saya kena warded balik 5 hari sbb ada infection. mungkin tu salah satu hikmah jugak baby takde kat rumah. kalau tak nanti mak asyik kondem je apa saya ngan suami buat. pastu asyik duk kata breast saya kecik xde air susu, baby tak kenyang lah. serius saya stress sampai saya suruh suami saya hantar mak saya blk jelah drpd saya meroyan. sehari lepas baby discaj terus mak balik kg. saya lega sangat plus CL datang urutlan saya. lepas mak saya balik terus saya bagi anak saya directfeed je susu ibu and anak saya ok je kenyang. biasa la baby menangis ni bukan sbb lapar sahaja dan menangis tu je cara dia nak communicate dgn kita. semoga sis banyakkan bersabar dan doa banyak² semoga Allah tunjuk jalan keluar supaya kita boleh jaga baby dgn tenang. 🤗

Baca lagi

awak saya pun x pandai sgt tau masa anak sulung . berpantang dengan mak sendiri juga . anak sy jgn cakap start lps maghrib sampai 2pg akan nangis tak henti . tp mak sy x penah cakap bukan2 sbb mak sy kata sy dulu waktu baru lahir pun kuat nangis dr pkl 12mlm hingga subuh jdnya mak sy faham situasi tu . sy stress juga tp alhamdulillah mak ayah kakak suami semua bg sokongan . suh sy rest and dorg take jaga anak sy pujuk anak sy . awak kene banyak sabar tauu , anak ni kecik2 je dia akan kuat nangis mcmtu nnt dia dh makin membesar inshallah dia okay . suami awak kene banyak bg support dekat awak supaya awak x down . sy even ada support pun tp mental sy tetap x kuat sampaikan sy depression but alhamdulillah selepas anak umur 1tahun dia dh okay sgt x kuat menangis . berdoa minta dekat allah semoga awak sentiasa kuat and jd ibu yg terbaik buat anak . apa yg kita buat sebagai ibu semua kita dah cuba buat yg terbaik . orang lain xkan nampak pengorbanan kita tau awak jdnya lantak lah siapa pun nak ckp kat kita . awak diam je and mengucap istighfar dlm hati okay ♥️

Baca lagi

Sis kena kuat sis, saya pon alami tekanan berpantang, saya tak dapat nk susukan bby sbb hari kedua lepas bersalin saya kena operation buang cyst. Saya on antibiotik smpai hari ke 15. Bby saya mil jaga, mil sediakan susu formula. Pantang ngn mil rileks sgt. Takda paksa apa makan pon cukup zat tak berpantang sgt sbb dia nak saya sembuh dan kuat jaga bby. Lepas mggu tersebut hosp call saya bgtau cyst yg depa buang hritu ada hntar ke lab utk check pasai cancer. Pastu saya kena buat followup selalu la ulang alik ke hosp dgn sakit2. Saya tk sempat nk susukan bby dan saya sangat2 sakit2. Kemudian susu saya dh drop. Dtg la mak saya ke rumah saya ganti mil utk jaga saya dlm pantang. Setiap hari mak saya mesti komen bby tk gemok la tak chubby mcm anak org len sbb tk breastfeed. Dia ckp susu tepung ni nnti anak hg jd anak lembu la. Hari2 ulang yg sama. Tertekan sgt saya. Saya nangis setiap mlm ckp dgn bby. Apapon susu dia minum saya bisik dia tetap anak saya. Doakan saya kuat bertahan sakit ni sehingga la saya jumpa org yg baik2 gantikan tmpat saya untuk jaga anak sya

Baca lagi

dekat tik tok pon ade ajar teknik bf yg betul..jgn stress mommy nnt susu pon terbantut n baby x puas menyusu...if can stay kt rumah sendiri so kite bole kenal diri kite sendiri...In Shaa Allah skarang x ssh nak pantang sendiri lg2 anak 1st..makanan pantang mcm serunding halia,bwg putih crispy bole order je..milkbooster jenis minum mcm air laicikang pon bole ade yg ready to drink just rendam air panas...mnta tlg husband siapkan prepare brg2 mentah cth ayam yg siap perap so sis just tggal masuk oven or air fryer...sayur2 siap2 ptg dlm bekas so sis tggal rebus or tumis je utk sis mkn bile husband kje...buat yg simple2 je jnji makanan yg seimbang...buah2 siapkan epal or limau yg bole tahan lame ckit..sayur pon same,sayur yg tahan lame n sesuai dgn badan sis... In Shaa Allah sis mampu.. Just remember don't get stress sbb nnt ganggu penghasilan susu bdn... milkbooster bole mntak suami carikan dekat kedai eco..kurma merah,longan kering,gula batu or madu...halba pon bagus utk tingkatkan imun n susu...selamat mencuba n semoge berjaya😉

Baca lagi

Sy pun tengah berpantang hari kelima tapi ni mak Mertua dtg rumah saya kononnya nak jaga siap pakej adik ipar lelaki pun dtg sama. Terpaksa pakai tudung masa pantang padahal dalam rumah sendiri. Saya betul2 tak selesa sebab tak fikir langsung privacy saya. Lepas tu saya tak kasi makan kadang sampai rasa tak logik. Tak kasi minum air masak banyak lepas tu di kata nya susu saya tak banyak. Dia pula masak makanan pantang semuanya masin walaupun ikan ke sup sayur dengan bubur pun diletaknya MSG. Saya darah tinggi, lepas makan je terus sakit kepala. Taktau nak cakap macam mana stressnya. Setiap kali anak nangis saya yang kena perli tak cukup susu. Dahla orang tak jemput, datang buat tambah masalah je..mak saya sendiri nak datang jaga pun susah dia mcm conquer pula. Suami pula lebihkan mak dia macam mak dia pula yang bersalin. Sumpah saya stress tapi terpaksa pura pura baik. Bila suami takde je saya buat bodoh je dengan dia. Semak mental sangat rasanya berpantang camni. Harap kita semua kuat nak hadap benda benda macam ni 😭

Baca lagi