‼️Saya attached gambar contoh untuk najis rotavirus yg anak saya alami‼️
Assalam smua sekadar share apa yg sedang kami alami especially anak saya. Baby 1 bulan 18 hari. Sejak 5 hari lalu tiba2 najis dia berubah ke warna hijau + lendir + darah stain. Sehari 3-5 kali berak. Najis pun ade bau busuk. Baby pula full BF. So hari ketiga saya bawa anak ke klinik swasta check doctor kata najis mcm cirit so dia bagi probiotic serbuk + ORS air garam.
Tp hari kelima masi ade bloodstain kat najis anak, najis pun masi hijau2. Jadi risau lagi trus awal pagi 6am shot pg emergency hospital swasta pula. Kat situ diorng amik sample najis anak. Kluar result “POSITIVE ROTAVIRUS”. Taktau dpt dari mana. Diorng advice admit tp sbabkan insurance anak blum matang so takblh pakai lagi insurance. Kite suruh buat referral kat gomen pula.
Sampai gomen emergency triage tu bila saya kata anak positive rotavirus diorng mcm pelik and ckap “yeke? Baby masi active senyum2 pula tu”. Check vital sign iaitu oxygen, pernafasan, blood pressure, suhu smua normal. Check doctor pula katanya rotavirus ni mmg common kat budak. Klau admit pun xde treatment, cuma bagi air drip je la. Since baby saya smua normal kecuali najis saja so dia bagi pilihan nak masuk ward ke tak. Sbab najis mcm tu is normal for rotavirus klau kena kat baby, mmg akan ade darah mcm tu and take time 1-2 minggu nnt dia clear sendiri.
So sebabkan anak pun xdemam, xmuntah. Minum susu pun kuat juga. So i decided taknak la admit. Admit pun bagi air drip je kecian lagi anak kena cucuk padahal blh je minum susu kuat. Haha.
Skrng ni hari ke-6 my baby positive rotavirus. Kat bilik je ni kuarantin xbagi budak2 dekat sbab senang jangkit ke budak lain nnt. Najis masi sama ade bloodstain and greenish cuma dah kurang berak dah. Harini baru 2x berak. Doakan anak saya cepat sembuh yaa..
Nurul Syaa