Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Got a bun in the oven
Bf, mixed feeding and pumping
Hari ke 7. Susu masih kurang. Anak menangis nangis lapar. Kuning tinggi. Anak 1st dulu pun fail. Anak num 2 mcm nampak gaya yg sama. Dah pi class bf. Tp fail jugak. Dh ikut apa yg di ajar. Tp pi Klinik berat anak tak naik, mmg doc suruh topup formula. Saja nak meluah. Sekarang tak stress mcm dulu. Tp itulah ada la stress tu sikit. Hmm. Lemah la mcm ni. Teringin nak fully bf. Tp itulah. Lemah.
Penat sangat 36minggu
Masih kerja and mmg tak plan nak ambil cuti awalnya. Dulu 1st pregnancy time ni lincah lagi. Tp ya Allah penatnya sekarang. Balik kerja rasa nak tidur taknak bangun. Rumah tak sempat kemas. Suami tak sihat, warded. Anak sulung nak kena spend time jugak. Sakit pinggang yg tak boleh tahan. 🥹 Penatnya. Penatnya. Nak request cuti dh tak boleh. Rasa nak minta MC je. Tapi mengenangkan staff yg tak cukup kesian kawan kawan. Last sekali petang ni, saya tinggalkan semuanya. Balik kerja tak ambil anak, tak melawat husband, tak kemas pun rumah. 😢Sakit pinggang ni bila nak hilang. Rasa mcm PID pun ada.
31 minggu baby mengeras/ menggeliat
Hari ni rasa perut mengeras, sakit sampai perut bahagian bawah. Tapi tak lama. Hari ni rasa ada la 4 kali rasa dr pukul 7pagi sampai 1 tengahari ni. Siapa pernah rasa.
Rasa baby bergerak 20 minggu
Hi ibu ibu sekalian, korang 20 minggu rasa baby bergerak kat perut tu atas pusat / bawah pusat. Saya mcm rasa baby gerak atas pusat. Tp rasa mcm eh kenapa tinggi sgt. Ke perut je yg gerak tu. 😂 Btw ni 2nd pregnancy. Tp lupa dh rasa tu mcm mana.
Hospital Taiping
Siapa tau suami boleh teman ke bersalin kat hospital taiping, masa bersalin 2022 suami tak teman. 🤭 Anak num2 ni kot boleh temankan. Due date Jun 2024
PCOS selepas bersalin anak pertama
Anak saya baru cukup setahun. Alhamdulillah kahwin terus pregnant. Lepas tu sy ambil suntikan perancang,2 kali, and makan ubat OCP. Lepas stop semua jenis perancang, saya tak period 4 bulan, and saya jumpa doc pakar O&G buat ultra sound rupanya ada PCOS. Ada ke yg sama situasi dengan saya? Boleh mengandung lagi ke? Plan utk second anak 2-4 tahun lagi. 2 orang ok kot.
Bayi 8 bulan buang air besar banyak kali.
Baby saya 8 bulan , 3 minggu lepas kena covid. Masa covid dia diarrhea hari hari. Dia mmg susu formula ja. Saya try tukar susu lain, berak berdarah pula. Dah admit hospital, dirawat sebagai dysentery. Ciritnya makin kurang. Tp saya perasan, kalau dia minum susu sahaja, dia berak normal 1-2 kali je sehari. kalau dia makan , setiap kali dia makan tu la 2 jam lepas tu berak. Sebelum covid mmg dia makan atau susu pun dia akan berak 1- 2 kali je sehari. Soalan saya, normal ke baby berak setiap kali makan?
Breastfeeding query
Saya kurang ilmu pasal bf awal awal dulu and now dah consult lactation consultant dah bagi ubat, mmg ada nampak susu naik. Tp kenapa ya, anak sy mcm minum bf sikit je. Kencing pun sikit nak banding dgn minum fm. Tp dia suka je bf. Boleh je rasa letdown reflex tu kalau di aisap, nampak dia minum lepas tu. Tp tak lama pun dia tidur. Hmm. Susu tak cukup ke ? Mmg ada pam ikut time utk naikkan susu and makan makan protein ( doc suggest telur rebus 2 biji setiap hari sarapan) and minum air banyak ..
Post partum anxiety / depression
Bukan bertanya, sekadar meluah. Bercerita. Anak pertama lahir 6/4. Sebulan 10 hari yg berlalu ni, tak ada hari yang tak menangis. Masa bersalin nangis, bersalin normal je, tapi its just so overwhelmed , so nangis. Tak ada susu nangis. Bagi anak susu botol, anak confuse nipple pulak sampai sekarang nangis lagi. Kuning tak setel lagi, 21 hari, anak batuk selsema warded sampai raya. Nangis lagi. Sebulan cukup pi klinik, nurse kata anak overfeed (sepanjang kat hosp bagi botol sbb risau anak tak minum pulak). Berat naik banyak. Nangis lagi. Hari hari nangis. Susahnya. Rasa mcm semua benda tak kena. Rasa mcm tak layak jadi mak. Rasa mcm kenapa aku yg jadi mak, kenapa tak org lain yg lebih pandai jadi mak..aku ni tak pandai. Tak reti apa pun.
Boleh rasa letdown reflex ke walupun baby tak latch deep?
Baby nk direct feeding, cuma tu la susu pun kalu pam sikit sgt. Bdpt susu cukup ke dia