Perlukan pendapat mommies

Saya ada 2 soalan..tp diharaonjgn beri pndgan yg mengecam ya..sya hati tisu😂 1. Suami ajak p camping. Tido 1 mlm. Tempat tu slalu kami p camping sebelum pregnant Dan semasa pregnant tp anak sya skrg baru 2 bulan. Ptut atau tak sya pergi? 2. Kalau sya pergi,mcm mna ya nk simpan susu perahan? Thank youuuuu😘

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

depends tempat & itinerary. kalau dalam hutan atau tempat2 banyak serangga ke possible ada gangguan etc, better jangan dulu. kalau pergi, standard gi camping lah. sesampai je buat dinding sesiap tiap penjuru, sebelum maghrib dah settle-kan baby bawa masuk khemah tutup pintu tingkap semua mcm kat rumah. mathurat doa2 pelindung baca sesiap sebelum maghrib. kalau boleh tidurkan baby awal so kalau ada aktiviti malam after isyak pun baby tidur. 2. memang baby tak direct feed eh? simpan dalam cooler box, buat yg letak ais+garam tu. tapi tak jamin lah brp lama tahan. sebab tu senang direct feed lagi. nanti kalau jadi gi camping, share lah experience camping dgn baby. mesti banyak beza dari biasa.

Baca lagi
2mo ago

✅Saya pun berminat nak tahu pengalaman puan pergi camping dgn newborn kalau jadi.

sy pernah camping masa baby 4bulan. so far ok je.. sis selalu pergi tempat tu jadi dah tahu keadaan sekitar tempat situ. sy standby patch utk nyamuk,minyak utk sapu utk baby elak kena gigit nyamuk,sy guna minyak tyt serangga tak suka dgn bau dia.. pastu kena bg baby betul2 selesa supaya dia tak meragam.. utk susu sy xsure penyimpanan dia macam mana maybe blh cari campsite yg ada plug point supaya sis blh bwk mini fridge utk penyimpanan susu, sy baby mmg direct je. jd xkna pikir psl pamp susu. kalau baby sis blh df tanpa masalah better bg direct jela

Baca lagi

Pada sy, boleh pergi tp tempat yg tak agak pendalaman, sebab tempat hutan ni ada "makhluk" lain mendiami kawasan tersebut. Jadi kawasan pun kita tak tahu sejauh mana "kekerasan" nya. better pergi tempat yg ala2 glamping. Yang tak dalam, orang sekitar pn nampak, at least tak rasa kesunyian. Susu, bawak coller box utk ibu yg masih susu badan, kalau formula tak ada issues boleh stand by termos.

Baca lagi

Bagi sy okay je bawak pg camping, sambil2 mommy healing. Tapiiii banyaknye nak packing alahai hahah 😂 itu je sy terfikir bnyk barang nak bawak sebab baby bermalam 1 malam. Nak kena fikir tilam baby, kalau panas pulak kena ada kipas time tido, nyamuk & serangga nya lagi 😂 Tapi kalau betul jadi camping, nak tau jugak tips2 utk bawak baby hehe

Baca lagi

Letih la nak g camping dgn newborn, duk rumah dlm pantang pun letih. Kejap2 berak, kejap2 angin, kejap2 susu. Kalau g camping tak selesa pula. 😅 Elok tunggu besar sikit lg. Camping ni tak sama mcm rumah kampung, sbb nama pun rumah tentu sentiasa ada org & selesa. Kalau di camp site tu kdg2 lama kosong takde org.

Baca lagi

terpulang pd sis sbb sis je knal prangai baby sis mcm mne.. klu baby tbe2 meragam, sis jgak nk kne handle.. klu sis ok, ready for the worst, then ok je.. tp bg sye personally baby 2 bln x ssuai bwk peg tmpt2 mcm tu.. baby sye 2 bln duduk umah je, klu klua pun peg kk.. tp tpulang la, anak masg2 kn..

2 bulan nak bawak masuk hutan … bukan xboleh tapi takut kena ganguan pulak Bila balik rumah … lagi2 sekarang musim hujan dgn tanah runtuh nya xyh la bahaya la awk ..

if sy, bermalam, camping, no... letih la nk tido dgn baby 2m dlm khemah. panas sejuk cuaca tu, bunyi2 semua, dgn tempat dia tak biasa, ohhh penat.. haha tu sy la.

baby 2 bulan .. tunggu la baby besar sikit.. tapi kalau nak bawak Tido hotel okay bg sye. kalau camping TU mcm xselesa pula baby.. serangga gigit ke nanti.. ,

TapFluencer

1. Boleh je pergi jika bersedia uruskan anak newborn semasa camping. 2. Simpan susu perahan, kita bagi ruang EP Mom jawab.