Dilema sorg bakal ibu, isteri, anak dan kakak sulung

As'salammualaikum. Hai mummy semua. Sy sekadar nk luah perasan sy ketika ini. Sy anak sulung. Br je kawen pada bulan 2 di usia 35 tahun. Alhamdullilah rezeki Allah, sy dan suami dkurniakan rezeki anak. Skrg sy dh 22w. Sy dan suami PJJ. Sorg semenanjung sorg borneo. Sy duduk bersama keluarga di semenanjung. (Ni rumah sy beli utk keluarga sy 10 tahun lps. Sbb kami bukan org asal negeri ni). 3 hari lps jd 1 isu. Raya aidiladha ni sy balik kg suami sbb adik beradik suami buat korban. Dlm masa yg sama adik bongsu sy nk masuk meminang sekali bertunang raya lps. Kami br tau pun 2 3 hari sebelum kejadian sdgkan sy mmg dh bgtau keluarga raya aidiladha ni sy balik ke kg suami. Slh sorg adik ckp, aku tanya je, ko x nak ke tgk adik ko sendiri bertunang? Sy jwp, dh janji nk raya sana ni. Dr lps raya puasa suami dh bgtau nk buat korban tahun ni. Jd sy dh bgtau family awal. Rumah Kami xde bilik extra dan dh brape kali suami balik sini, kami akan menginap hotel brg semalam dua. 3 hari lps Ada slh sorg adik sy ckp sy x hormatkan mak ayah. Sy dh berubah sejak kawen. Sy lebihkan suami dr mak ayah. Demi Allah sy xde abaikan mak ayah sy. Sy nagis minta maaf dgn mak ayah sy. Sjk pregnant ni sy selalu penat. Tenaga sy cpt hbs. Ye sy akui sy jd pemalas. Sy de alahan yg x tetap. Kdg sy muntah, kdg penat melampau, kdg sakit kepala sgt². Sy de masalah slip disk, bila pregnant lg cpt sakit pinggang sy ni. Sy juga cepat panas badan, jd sy tido luar banding tido atas tilam sy sendiri dlm bilik (kami kongsi 4 beradik perempuan dlm 1 bilik). Sy akui suami ajak tido hotel kalo dia balik sy ikutkan. Ni la masa sy nk bermesra dgn suami. Suami pulak nk jaga batas aurat adik² perempuan sbb kami tido luar bilik kt ruang tamu kalo suami balik. Ruang tamu ni sebelah bilik adik perempuan. Adik sy pernah ckp org lain pun pregnant tp x mcm sy asik tido baring je kerjanya. Sy jd double pemalas sjk pregnant katanya. Sy diamkan je. Sy nk jaga emosi sy sendiri. Tp bila kena br² ni sy nagis. Ayah ckp ayah faham keadaan sy yg duduk tgh² antara adik dan suami. Cuma ayah suh sy pandai bahagi masa. Mak pulak ckp adik² gase kehilangan sbb sy kawen agak berusia, masa adik² dgn sy lbh banyak. Bila sy kawen sy pregnant, adik² gase sy jauh. Lbhkan suami. Sy sedih sgt². Sy gase stress. Sy gase x tau nk buat mcm ner. Sy cuba kawan emosi sy tp x dpt. tetap airmata ni mengalir. Dlm family sy yg 1st kawen. In Sha Allah akn menyusul lg hjg tahun ni. Spjg pregnant apa adik² ckp sy diamkan aja. Buat bodoh. Suami suh buat derk je. Suami ckp jgn fikir bukan² tp sy dh x mampu kawal emosi sy sendiri. Sy hanya nk luah perasaan sy je. Maafkan sy. #dilemaibubaru

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pun alami benda yg sama. sy satunya yg berkerja dlm fmily. bila dah kawin sy masih tanggung 100% mkn minum adik beradik n org tua. bila dah ada ank. sy struggle nak bahagikan komitmen utk perbelanjaan ank sy dan utk adik beradik sy. smpai tahap kdang2 utk ank xcukup. lama kelamahan sy sedar bila adik sy p holiday dgn kwn2 dia gembira ketawa2 post gmbr sna sini tpi masa tu sy kesusahan.. yg ada msa tu sy dgn suami serta ank sy ja. sy xda apa2. rumah pun rumah sewa sedangkan adik beradik, sy laburkan smua duit sy selama berkerja selama 8 tahum utk lengkapkan segala keperluan utk mereka. pernah adik sy ckp sy lupa kluarga sejak ada fmily sendiri sebab xkirim duit. sy suru dia cri maklumat sepa yg lebih layak mkn duit sy. antara adik beradik atau ank. dia sendiri yg malu dgn kata2 dia. sejak dri tu dia xpernah ckp benda2 begitu.

Baca lagi
3y ago

Sya harap adik awak dah sedar, jgn nak bergantung pada kakak lagi. Ada otak, tangan dan kaki sudah tiba masa utk berdiri sendiri.