Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Shalizan Bin Torman, Pantai Hospital Klang, General Surgeon

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Kebanyakan wanita memilih untuk tidak ambil tahu tentang tanda awal kanser payudara kerana terlalu takut memikirkan risiko atau kebenaran jika mereka benar-benar telah terkena kanser. Bahkan ada juga yang tidak tahu cara mengesan kanser payudara dengan melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Dalam Sesi Tanya Pakar kali ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja keraguan, persoalan dan tips untuk mengesan juga cara mengatasi kanser payudara dari menyerang diri anda. Luangkan masa dan tanya soalan anda tentang pengesanan awal & cara mengatasi kanser payudara bersama Dr Shalizan Bin Torman, Pantai Hospital Klang, General Surgeon. pada 16 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Shalizan Bin Torman, Pantai Hospital Klang, General Surgeon
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello doctor! Apakah simptom breast cancer yang ramai wanita selalu terlepas pandang?

3y ago

Hello, Lebih 90% pesakit datang dengan ketulan di payudara. Mejoritinya tidak mengalami apa2 kesakitan pada payudara. Oleh itu, Setiap ketulan dipayudara mesti diambil serius oleh setiap wanita.