Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit d

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa seeloknya peka dengan sebarang kelainan pada anak mereka, kerana anak kecil memang tidak tahu jika sesuatu berlaku pada diri mereka. Salah satunya adalah Autisme. Penyakit autisme tidak menunjukkan sebarang kecacatan fizikal tetapi ia menganggu perkembangan mental. Keseriusan ciri autisme ini boleh dibahagikan kepada beberapa tahap di mana sesetengah ibu bapa mungkin tidak berapa tahu mengenainya. Sekiranya anda ada sebarang kebimbangan terhadap anak anda berkaitan penyakit Autisme, anda sewajibnya mengikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengesanan awal autisme dan cara untuk menjaganya bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Children's Specialist Hospital,Psychiatry Department pada 19 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit d
7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr. how early kita boleh detect anak kita ada autisme? And kepada siapa kita nak rujuk once kita found out?

1y ago

Parents know their children best and can pick up abnormal signs from early on. For experienced specialists we can diagnose as early as satu setengah tahun. Rujukan adalah kepada child psychiatrists dan developmental paediatricians. Malangnya waiting list mungkin lebih 6 bulan. Seeloknya daftar awal dan buat hearing test dulu.