Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit d

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa seeloknya peka dengan sebarang kelainan pada anak mereka, kerana anak kecil memang tidak tahu jika sesuatu berlaku pada diri mereka. Salah satunya adalah Autisme. Penyakit autisme tidak menunjukkan sebarang kecacatan fizikal tetapi ia menganggu perkembangan mental. Keseriusan ciri autisme ini boleh dibahagikan kepada beberapa tahap di mana sesetengah ibu bapa mungkin tidak berapa tahu mengenainya. Sekiranya anda ada sebarang kebimbangan terhadap anak anda berkaitan penyakit Autisme, anda sewajibnya mengikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengesanan awal autisme dan cara untuk menjaganya bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Children's Specialist Hospital,Psychiatry Department pada 19 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit d
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor, nak tanya apakah proses untuk dapatkan diagnosis autisme for adult and adolescent? Adakah proses dia sama dengan getting diagnosis for children?

3y ago

Kalau remaja perlu dirujuk ke Klinik Psikiatri Remaja. Kalau dewasa perlu dirujuk ke Klinik Psikiatri Dewasa.