Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa baru pasti terkejut apabila bayi baru lahir mereka tiba-tiba muak, jeluak atau muntah selepas menyusu, walaupun sudah di sendawakan. Jangan risau, ini perkara yang biasa dilalui cuma janganlah kita mengambil mudah pula kerana muntah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah lain juga. Tahukah anda cara menjaga bayi yang kerap muntah bagaimana? Anda pernah dengar tak tentang gastroesophageal reflux (GER)? Kenapa bayi muntah susu? Apakah punya yang menyebabkan ini berlaku? Berapa lamakah ia akan berterusan? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara untuk menjaga bayi yang mempunyai refluks atau gastroesophageal reflux (GER) bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist di Pantai Hospital Ayer Keroh pada 18 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr Livia, Saya bakal bersalin, apakah perkara pertama yang saya perlu pantau untuk aware tentang GER ni? Selalunya ia bermula pada baby umur berapa bulan? Lahir-lahir terus boleh kena ke macam mana? Thanks ya

Baca lagi
2y ago

Regurgitation iaitu susu yang mengalir keluar dari tepi mulut selepas menyusu adalar biasa dan ibu bapa tidak perlu risau. Muntah susu biasanya berlaku pada umur 2-3 minggu dan mungkin akan lebih kerap apabila bayi berumur 3-4 bulan. Muntah susu akan semakin berkurang apabila bayi berumur 9 bulan hingga 1 tahun.