Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa baru pasti terkejut apabila bayi baru lahir mereka tiba-tiba muak, jeluak atau muntah selepas menyusu, walaupun sudah di sendawakan. Jangan risau, ini perkara yang biasa dilalui cuma janganlah kita mengambil mudah pula kerana muntah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah lain juga. Tahukah anda cara menjaga bayi yang kerap muntah bagaimana? Anda pernah dengar tak tentang gastroesophageal reflux (GER)? Kenapa bayi muntah susu? Apakah punya yang menyebabkan ini berlaku? Berapa lamakah ia akan berterusan? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara untuk menjaga bayi yang mempunyai refluks atau gastroesophageal reflux (GER) bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist di Pantai Hospital Ayer Keroh pada 18 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr Livia, nak tanya macam mana nak membezakan Jeluak, Muntah, Acid Refluks atau GER? Saya confused sebab anak saya macam ada semua symptoms tapi tak pasti betul ke tidak. Kadang-kadang, lepas susu dia muntah banyak. Saya juga dah tukarkan susunya kepada susu AR. betul ke?

Baca lagi
2y ago

Sekiranya setelah mencuba cara-cara di atas dan babi masih ada refluks, doktor akan menasihati untuk tukar ke susu AR. Lebih baik membawa bayi untuk berjumpa dengan doktor untuk memastikan bahawa bayi betul-betul ada refluks atau ada sebab lain yang menyebabkan bayi muntah, sebelum tukar kapada susu AR tanpa nasihat doktor.