Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa baru pasti terkejut apabila bayi baru lahir mereka tiba-tiba muak, jeluak atau muntah selepas menyusu, walaupun sudah di sendawakan. Jangan risau, ini perkara yang biasa dilalui cuma janganlah kita mengambil mudah pula kerana muntah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah lain juga. Tahukah anda cara menjaga bayi yang kerap muntah bagaimana? Anda pernah dengar tak tentang gastroesophageal reflux (GER)? Kenapa bayi muntah susu? Apakah punya yang menyebabkan ini berlaku? Berapa lamakah ia akan berterusan? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara untuk menjaga bayi yang mempunyai refluks atau gastroesophageal reflux (GER) bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist di Pantai Hospital Ayer Keroh pada 18 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

2nd baby sy, masa umur dia below 3month. doctor pakar suspect dia ada gerk. setiap kali minum susu mmg dh sendawakan. dia akan jeluak ataupon muntah selepas 15-20minit minum susu. dn muntah agak kerap. doctor mmg ada prescribe ubat utk makan dn pantau samaada masih muntah atau x. alhamdulillah skrg baby dh 4m dh xde mcm tu

Baca lagi