Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa baru pasti terkejut apabila bayi baru lahir mereka tiba-tiba muak, jeluak atau muntah selepas menyusu, walaupun sudah di sendawakan. Jangan risau, ini perkara yang biasa dilalui cuma janganlah kita mengambil mudah pula kerana muntah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah lain juga. Tahukah anda cara menjaga bayi yang kerap muntah bagaimana? Anda pernah dengar tak tentang gastroesophageal reflux (GER)? Kenapa bayi muntah susu? Apakah punya yang menyebabkan ini berlaku? Berapa lamakah ia akan berterusan? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara untuk menjaga bayi yang mempunyai refluks atau gastroesophageal reflux (GER) bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist di Pantai Hospital Ayer Keroh pada 18 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doc. Bayi saya sudah sebulan lebih. Baru2 ni pernah sekali dia tersedak dan seperti tercekik air liur sendiri hingga merah padam mukanya kerana sukar bernafas. Saya telah menjadi sangat panik kerana nampak dia begitu struggle sekali untuk bernafas. Adakah itu sesuatu yang normal? Apa yang berlaku sebenarnya?

Baca lagi
3y ago

Kadang-kadang, bayi mungkin tersedak air liur tetapi sekiranya tersedak sampai susah nak nafas, kita mesti memastikan bahawa tiada isu yang lebih serius seperti bayi tengah tidak sihat dan ada kahak yang pekat, bayi mungkin ada masalah menelan atau saluran pernafasan dan pemakanan bayi tidak normal. Sekiranya anak kerap tersedak akibat air liur, lebih baik membawa bayi untuk pemeriksaan dari doktor.