Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa baru pasti terkejut apabila bayi baru lahir mereka tiba-tiba muak, jeluak atau muntah selepas menyusu, walaupun sudah di sendawakan. Jangan risau, ini perkara yang biasa dilalui cuma janganlah kita mengambil mudah pula kerana muntah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah lain juga. Tahukah anda cara menjaga bayi yang kerap muntah bagaimana? Anda pernah dengar tak tentang gastroesophageal reflux (GER)? Kenapa bayi muntah susu? Apakah punya yang menyebabkan ini berlaku? Berapa lamakah ia akan berterusan? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara untuk menjaga bayi yang mempunyai refluks atau gastroesophageal reflux (GER) bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist di Pantai Hospital Ayer Keroh pada 18 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh doctor terangkan cara penjagaan baby yg kerap muntah atau jeluak ini...selepas menyusu kerap juga menggeliat... macam mana ya.. saya sangat risau... berharap baby sihat dan tiada mudharat...

2y ago

Ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan jeluak susu; 1. Selepas susu, pastılan bayi berada dalam posisi 'upright' supaya dengan bantuan graviti, diharapkan susu tidak müdah untuk keluar balik. 2. Cuba sendawakan bayi semasa dan selepas susu untuk mengurangkan gas dalam perut. 3. Cuba beri susu dalam kuantiti yang kurang terapi lebih kerap 4. Pastikan susu memenuhi puting susu semasa tengah memberi susu untuk mengelakkan bayi dari menyedut lebih angin Sekiranya bayi masih muntah selepas mencuba cara cara di atas atau berat bayi tidak meningkat, bawa bayi nutuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat sama ada untuk tukar susu atau memerlukan ubat.