24 Balas
2nd baby sy, masa umur dia below 3month. doctor pakar suspect dia ada gerk. setiap kali minum susu mmg dh sendawakan. dia akan jeluak ataupon muntah selepas 15-20minit minum susu. dn muntah agak kerap. doctor mmg ada prescribe ubat utk makan dn pantau samaada masih muntah atau x. alhamdulillah skrg baby dh 4m dh xde mcm tu
Hi doc. Bayi saya sudah sebulan lebih. Baru2 ni pernah sekali dia tersedak dan seperti tercekik air liur sendiri hingga merah padam mukanya kerana sukar bernafas. Saya telah menjadi sangat panik kerana nampak dia begitu struggle sekali untuk bernafas. Adakah itu sesuatu yang normal? Apa yang berlaku sebenarnya?
Hi Dr Livia, nak tanya macam mana nak membezakan Jeluak, Muntah, Acid Refluks atau GER? Saya confused sebab anak saya macam ada semua symptoms tapi tak pasti betul ke tidak. Kadang-kadang, lepas susu dia muntah banyak. Saya juga dah tukarkan susunya kepada susu AR. betul ke?
Sekiranya setelah mencuba cara-cara di atas dan babi masih ada refluks, doktor akan menasihati untuk tukar ke susu AR. Lebih baik membawa bayi untuk berjumpa dengan doktor untuk memastikan bahawa bayi betul-betul ada refluks atau ada sebab lain yang menyebabkan bayi muntah, sebelum tukar kapada susu AR tanpa nasihat doktor.
Hi Dr Livia, saya nak tanya anak saya umur 2 bulan dan kerap muntah muntah. Ia bermula dengan muak sikit tapi makan lama makin kerap dan muntah setiap kali selepas burp. Adakah anak saya ada GER? atau Adakah dia ni ada acid refluks? Thank you Dr Livia
Bayi anda mungkin ada GER. Sekiranya berat bayi anda meningkat dengan baik, anda tidak perlu terlalu risau. Anda boleh cuba beberapa cara untuk mengurangkan muntah susu. 1. Selepas susu, pastıkan bayi berada dalam posisi 'upright' supaya dengan bantuan graviti, diharapkan susu tidak müdah untuk keluar balik. 2. Cuba sendawakan bayi semasa dan selepas susu untuk mengurangkan gas dalam perut. 3. Cuba beri susu dalam kuantiti yang kurang terapi lebih kerap 4. Pastikan susu memenuhi puting susu semasa tengah memberi susu untuk mengelakkan bayi dari menyedut lebih angin
Hello doktor, Berapa lama muntah-muntah ni akan berhenti? Adakah ia akan berhenti dengan sendirinya? Bagaimana pula dengan perkembangan mereka, adakah ia akan menyebabkan anak saya kurang berat badan? Tolong jawap ya doktor, saya ingin tahu
Muntah susu akan semakin berkurang apabila bayi berumur 9 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya bayi masih susu dengan elok dan berat badan naik dengan bagus, biasanya ia tidak akan menjejaskan perkembangan bayi. Sekiranya muntah susu menyebabkan berat bayi menurun, dinasihatkan uituk membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
Hi Doktor Livia, Ini soalan daripada komuniti: https://community.theasianparent.com/q/salam-makna-reflux-tu-ape-yerr-reflux-selepas-minum-susu-tq/1452708 Apakah makna refluks? Adakah refluks selepas susu? Terima kasih
Hi Dr Livia, Saya bakal bersalin, apakah perkara pertama yang saya perlu pantau untuk aware tentang GER ni? Selalunya ia bermula pada baby umur berapa bulan? Lahir-lahir terus boleh kena ke macam mana? Thanks ya
Regurgitation iaitu susu yang mengalir keluar dari tepi mulut selepas menyusu adalar biasa dan ibu bapa tidak perlu risau. Muntah susu biasanya berlaku pada umur 2-3 minggu dan mungkin akan lebih kerap apabila bayi berumur 3-4 bulan. Muntah susu akan semakin berkurang apabila bayi berumur 9 bulan hingga 1 tahun.
hi doktor.anak sy berumur 3 bulan.Dia hanya minum susu ibu 2 oz setiap 2 jam, dan ada kalanya 1 oz pun dia sendawa bila disedawakan.Bayi hnya buang air besar seminggu sekali tetapi kerap kentut.adakah ia normal ?
Hi doctor. Ank sy 2months kerap jeluak susu since he was newborn. Dan kadang kala jeluak tersebut keluar melalui hidung. Adakah keadaan Ini membahaya? Bagaimana utk elak kan bayi jeluak melalui hidung.
Tq dr!
bayi saya suka menyusu botol dalam buai.. puas saya pujuk bagi botol tanpa masuk buai, tapi waktu menyusu saya tidak mengayunkan buai tersebut. adakah ia selamat doctor? anak umur 1 thun, sy risau
Memang ada risiko tersedak susu sekiranya minim susu dalam buai sebab anak dalam keadaan baring
Livia Chow