Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bermula dengan penyusuan, kini si manja anda sudah bersedia untuk menikmati makanan pejal bayi yang pertama sebaik sahaja melangkah usia 6 bulan. Tak perlu runsing, penyediaan makanan bayi ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Hanya memerlukan sedikit kesabaran saja, kerana prosesnya walaupun mudah tapi memakan masa sedikit. Bagi ibu pertama kali, anda mungkin keliru dan ragu-ragu untuk menyediakan menu yang sesuai untuk bayi. Justeru kami kongsikan beberapa panduan serta resepi bagi memudahkan kerja anda di dapur. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang panduan pemakanan solid food untuk bayi bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, MBBS (IMU), MRCPCH (UK), Fellowship in Neonatology (Mal) pada 30 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai dr nak tanya 1 - macam mana persediaan makanan baby jika nak keluar berjalan? 2 - bila boleh start bagi baby bahan tumisan? macam bawang bawangan. 3 - jenis ikan apa yang sesuai untuk baby 7+? 4 - boleh ke didihkan air paip untuk dijadikan air masak baby 6+? sebab rumah takde penapis air. 5 - air mineral brand apa yang sesuai untuk 6+? 6 - air sejuk boleh bagi ke 6+? 7 - telur da boleh diperkenalkan diusia 6+ tak? terima kasih dr

Baca lagi
3y ago

1. Ingat untuk membawa makanan yang tahan lama dan tidak müdah rosak. Sekiranya perlu membawa masakan panas contohnya bubur, masak dan letak dalam flask. Jangan lupa untuk membawa air panas supaya boleh memanaskan makanan yang sudah sejuk dengan merendam bekas makanan dalam air panas. Bawa buah atau snek yang boleh disiapkan dengan cepat seperti pisang, avocado atau sweet potato yang boleh dilenyekkan dengan segera. 2. Bayi selepas 6 bulan boleh diberi tumisan tetapi jangan tambahkan dengan banyak dan cuba satu demi satu untuk pastikan tiada allergi dan perut tidak kembung. Tetapi pastikan jangan tambahkan extra gula dan garam ke dalam masakan. 3. Bayi memang boleh makan semua jenis ikan tetapi ada sesetengah ikan yang mungkin ada lebih tinggi merkuri seperti tuna dan swordfish. Ikan-ikan seperti ini lebih baik dihadkan makan seminggu sekali 4. Boleh 5. Sebelum memberi air mineral, adalah selamat untuk memeriksa kandungan mineral dalam air mineral itu sebab air mineral mungkin mempunya