Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Beberapa hari selepas melahirkan, ia mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang bersalin secara Caesarean atau pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya. Untuk anda yang bakal melahirkan, pastinya anda menginginkan persalinan secara normal. Namun jika terpaksa melalui pembedahan, apa yang perlu anda persiapkan? Bagaimana pula dengan penjagaan selepas melahirkan? Tentunya berbeza dengan bersalin secara normal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk Sesi Tanya Pakar kali ini. Tanya soalan anda tentang persiapan dan penjagaan selepas bersalin Caesarean bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti pada 23 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #DrNurIzzati #ChiefResidentKlinikSiti

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr.. saya ada pertanyaan.. Pada 1 tahun 7 bulan yg lepas saya bersalinkan anak sulung secara Caesarean dan belum seminggu lepas saya bersalin, Dr bagitahu saya ada pendarahan dalaman yg memerlukan jahitan Caesarean saya dibuka semula untuk Dr mencari punca pendarahan dalaman.. Hampir setahun selepas saya bersalin, kadang saya sedang berbaring atau duduk tanpa buat apa apa pergerakan lain, tiba tiba saya rasa sakit di tempat jahit.. Padahal saya tiada buat apa apa regangan yg boleh membuatkan tempat luka saya sakit.. Adakah itu normal rasa sakit selepas bersalin secara Caesarean.. Bagaimana nak mengetahui luka dalaman dan tempat jahit saya sudah pulih dan baik sepenuhnya.. Saya sangat takut untuk mengangkat barang yg terlalu berat atau membuat aktiviti yg lasak atau regangan badan kerana kadang kadang saya masih rasa sakit di tempat jahit tersebut

Baca lagi
2y ago

1. Rasa sakit selepas csection ada normal - hal ini akibat daripada proses penyembuhan yang menghasilkan parut (dalaman atau luaran) akan menyebabkan rasa sakit dikawasan operation 2. Luka dalam biasanya mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya. Jadi disarankan untuk melakukan aktiviti lasak atau mengangkat barangan berat adalah minimum selepas tempoh 2bulan. Puan Boleh melakukan ujian ultrasound untuk melihat sama ada puan mengalami kesan sampingan seperti ‘scar dehiscence’ selepas csection

Salam Dr. 1) Saya nak tanya adakah merbahaya jika ibu yang bersalin secara Caesarean mendukung/mengangkat bayi yang semakin membesar. Contohnya semasa mandikan bayi saya duduk diatas bangku kecil. Setelah selesai mandi saya terus mengangkat bayi dari kedudukan duduk di atas bangku sehingga berdiri. Adakah ia boleh menyebabkan luka bahagian dalaman terbuka? 2) Saya dah melahirkan bayi secara Caesarean 8 bulan lalu. Luka luaran sudah sembuh tetapi luka dalaman pastinya ambil masa yang lama. Apakah cadangan makanan atau minuman yang baik untuk membantu menyembuhkan luka dalaman tersebut. 3) Makan ikan haruan segar atau kering boleh menyebabkan organ dalaman melekat antara satu sama lain. Mitos atau benar? Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih doktor atas penjelasan 😊

Assalamualaikum doctor.. Saya dah kali ke-3 bersalin secara czer..Sebelum ni,tumbuh keloid yang banyak pada parut tu..Untuk pengetahuan doctor,saya tak ada sapu apa2 minyak/krim pada luka slps bersalin & tidak makan ikan haruan / apa2 supplement untuk keringkan luka.. Soalan saya , 1 - Langkah yang perlu untuk elak dari keloid tumbuh? 2 - Produk apa yang boleh digunakan untuk elak & kurangkan keloid? 3 - Tips untuk menjaga bahagian abdomen perut slps bersalin czer..sebab bahagian abdomen berhampiran luka selalu ngilu bila buat banyak aktiviti harian.. Terima kasih, doctor ☺️

Baca lagi
2y ago

Wslm Keloid terjadi akibat daripada penghasil kolagen yang berlebihan oleh badan ketika proses penyembuhan 1. Penjagaan luka selepas pembedahan adalah amat penting untuk mengelakkan keloid - basuh dengan menggunakan air dan sabun , tidak perlu gosok/sental kawasan luka - lap dengan kain yang bersih ( teknik tekap tanpa perlu menggosok) - pastikan kawasan luka sentiasa kering dan bersih 2. Terdapat pelbagai produk seperti ointment dan petroleum gel dipasaran yang boleh digunakan. Sekiranya parut keloid terlampau besar, saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor kulit - ada rawatan seperti laser atau suntikan yang boleh mengurangkan saiz parut

Salam Dr. Saya baru lepas caeser 3 hari. Saya hari ke5 Covid dan masih dikuarantin di wad. dan anak saya di nicu. 1. Macam mana cara terbaik untuk elak luka bertambah teruk kalau batuk? 2.Cara terbaik untuk saya pastikan anak saya boleh dapatkan susu ibu dari saya selepas saja kami berdua selamat discaj. sebab sekarang ni, saya masih tak boleh menyusukan dia sendiri. saya takut susu saya tak penuhi keperluan dia sebab dia consume fm di nicu. terima kasih Dr.

Baca lagi
2y ago

1. Sekiranya baru membuat pembedahan, disarankan tekapkan bantal ke atas perut dan batuk untuk mengurangkan tekanan dibahagian abdomen 2. Puan boleh berjumpa dgn pakar penyusuan untuk maklumat lanjut

Assalamualaikum doc, saya czer … harini dah masuk 70 hari tapi bila berjalan jauh jalan tak rata terhentak… perut saya masih ngilu lagi adakah luka dalam belum baik ya ? 😅 2) soalan seterusnya saya nak tahu makanan apa yang boleh pulihkan luka dalaman dengan baik … ikan haruan atau pati ikan haruan ? Terima kasih

Baca lagi
2y ago

1. Luka dalam biasanya mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya. Jadi disarankan untuk melakukan aktiviti lasak atau mengangkat barangan berat adalah minimum selepas tempoh 2bulan. 2. Makanan yang tinggi protein adalah sangat digalakkan untuk membantu proses penyembuhan 3. Tiada fakta atau kajian saintifik mengenai kaitan ikan haruan dan proses pemulihan luka dalaman selepas pembedahan.

mcm mana nak tau luka dalaman dah sembuh ?, lepas beberapa bulan, berat anak pun makin naik, so kalau dukung anak lama okay je ke?, takda effect apa2x?, sebab kalau angkat berat kan ,tak boleh sgt kan, so nak tau kalau dukung anak pula mcm mana.

2y ago

Luka dalam biasanya mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya. Jadi disarankan untuk melakukan aktiviti lasak atau mengangkat barangan berat adalah minimum selepas tempoh 2bulan.

VIP Member

assalamualaikum doktor saya nak mnta tunjuk ajar sbnarnya.. mcm mana cara makan ubat maltofer paling berkesan ya? supaya zat tu diserap? sbnarnya sy GDM ON DIET & ANEMIA IN PRGNNCY.. dah banyak kali tukar ubat. sy makan yg maltofer tu pun hb tak naik. still bawah 10.

2y ago

ia. sy buat mcm tu juga sis. pemakanan semua sy jaga. bnyk makan sayur hijau sbb dktor suruh banyak makan sayur hijau..sy anemia in prgnency dan GDM on diet. so pemakanan semua kena jaga. tp tu lah hb sy tak naik². buntu dah fikir.

doktor sekrg saya dah cukup 40week. saya ada masalh pallet darah kuning rendah sejak awal kandungan. adakah mempengaruhi untuk bersalin normal. tapi pallet dlm range sederhana saja (120-130) . tpi saya kene admit awal wp tiada apa apa tanda bersalin lagi.

Assalamulaikum doc. Saya dah bersalin czer 3 bulan. Tapi bila ditekan tempat czer masih lagi sakit macam seolah2 masih bengkak. Adakah luka dalam belum sembuh sepenuhnya. Apa yang saya perlu lakukan supaya sakit bahagian dalam ni hilang?

2y ago

Wslm.. sakit di bahagian pembedahan adalah normal akibat pembentukan parut di kawasan tersebut (luaran dan dalaman), luka dalaman mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya.

salam doc kenapa ya saya dah 3 bulan nak batuk bersin masih sakit bawah perut kene tunduk baru boleh batuk?adakah bahagian dalam perut saya masih tak elok? saya dua kali czer tapi yg no2 ni mcm lambat pulak nk elok..

2y ago

ouh yeke , ok terima kasih doc