Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Beberapa hari selepas melahirkan, ia mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang bersalin secara Caesarean atau pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya. Untuk anda yang bakal melahirkan, pastinya anda menginginkan persalinan secara normal. Namun jika terpaksa melalui pembedahan, apa yang perlu anda persiapkan? Bagaimana pula dengan penjagaan selepas melahirkan? Tentunya berbeza dengan bersalin secara normal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk Sesi Tanya Pakar kali ini. Tanya soalan anda tentang persiapan dan penjagaan selepas bersalin Caesarean bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti pada 23 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #DrNurIzzati #ChiefResidentKlinikSiti

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr.. saya ada pertanyaan.. Pada 1 tahun 7 bulan yg lepas saya bersalinkan anak sulung secara Caesarean dan belum seminggu lepas saya bersalin, Dr bagitahu saya ada pendarahan dalaman yg memerlukan jahitan Caesarean saya dibuka semula untuk Dr mencari punca pendarahan dalaman.. Hampir setahun selepas saya bersalin, kadang saya sedang berbaring atau duduk tanpa buat apa apa pergerakan lain, tiba tiba saya rasa sakit di tempat jahit.. Padahal saya tiada buat apa apa regangan yg boleh membuatkan tempat luka saya sakit.. Adakah itu normal rasa sakit selepas bersalin secara Caesarean.. Bagaimana nak mengetahui luka dalaman dan tempat jahit saya sudah pulih dan baik sepenuhnya.. Saya sangat takut untuk mengangkat barang yg terlalu berat atau membuat aktiviti yg lasak atau regangan badan kerana kadang kadang saya masih rasa sakit di tempat jahit tersebut

Baca lagi
2y ago

1. Rasa sakit selepas csection ada normal - hal ini akibat daripada proses penyembuhan yang menghasilkan parut (dalaman atau luaran) akan menyebabkan rasa sakit dikawasan operation 2. Luka dalam biasanya mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya. Jadi disarankan untuk melakukan aktiviti lasak atau mengangkat barangan berat adalah minimum selepas tempoh 2bulan. Puan Boleh melakukan ujian ultrasound untuk melihat sama ada puan mengalami kesan sampingan seperti ‘scar dehiscence’ selepas csection